Fadillah - Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara, yang merangkumi tiga projek fizikal, dan satu insentif pintu masuk bagi pegawai imigresen pelbagai gred yang bertugas di pintu masuk negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata di bawah insentif pintu masuk itu, ia melibatkan mereka yang bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB), KLIA1 dan KLIA2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik) dengan kos RM61.7 juta; penggabungan dewan, naik taraf dan pembinaan projek baharu di KSAB berjumlah RM106.99 juta; serta pembinaan pejalan kaki berbumbung di sepanjang Tambak Johor dengan anggaran kos yang akan diperincikan kemudian.

"Pemberian insentif pintu masuk kepada pegawai Imigresen melibatkan BSI, KSAB, KLIA1 dan KLIA2 dengan implikasi kewangan RM7.93 juta setahun," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan Di Tambak Johor secara dalam talian, yang diadakan di Kompleks CIQ BSI pada Rabu.

Beliau berkata insentif pintu masuk itu bertujuan menjaga kebajikan anggota, selari dengan konsep ihsan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

"Perbincangan lanjut akan diadakan bagi memperhalusi perkara ini bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, untuk perluasan pemberian insentif kepada pegawai imigresen di Sabah dan Sarawak," katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan inisiatif di BSI dan KSAB, Fadillah berkata daripada 21 inisiatif, sebanyak 15 inisiatif atau 71 peratus telah siap sepenuhnya; lima inisiatif sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025; manakala satu lagi inisiatif belum dilaksanakan.

Beliau berkata untuk tahun ini sehingga bulan lepas, jumlah pengembara di kedua-dua Kompleks CIQ itu telah mencapai 98 juta dan jumlahnya dijangka meningkat kepada sekitar 136 juta pada penghujung tahun ini, menyamai statistik pra-COVID pada tahun 2019.

Katanya jumlah pengembara ini dijangka meningkat pada kadar 15 peratus setahun dan dianggarkan seramai 157 juta pengembara akan melalui di kedua-dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia Singapura itu menjelang tahun 2025.

"Mengambil kira kekurangan anggota imigresen yang bertugas di kaunter, keperluan kepada autogate amat membantu dalam menangani peningkatan pengembara khususnya pada waktu puncak.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Keseluruhan kos baik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Kelantan berjumlah RM10.6 juta…
Informasi
Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal…
Informasi
Bagi generasi kedua Felda Tenggaroh 2, Mera Ali, 31, perbelanjaan untuk kos operasi 37,012 lampu di…