Peugeot Landtrek - trak pikap untuk pasaran Amerika Latin

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum anda bergembira, maaf kerana trak pikap daripada pengeluar Perancis ini nampaknya tidak akan sampai ke pasaran Asia Tenggara, ini kerana ia hanya dikhususkan untuk pasaran seperti Amerika Latin dan Afrika Sahara.

Memperkenalkan, trak pikap Peugeot Landtrek yang disifatkan oleh Peugeot sebagai sebuah trak pikap yang sangat versatil serta mampu membawa muatan melebihi had satu tan. 
 


Dibangunkan menggunakan asas platform daripada Changan Kaicene F70, Peugeot Landtrek diberikan penggayaan yang selari dengan bahasa rekaan Peugeot masa kini, seperti gril besar dengan logo singa mengaum yang sangat besar. 

Landtrek Peugeot hadir dengan kelengkapan seperti lampu utama LED, lampu belakang LED, perlindungan bawah badan, rel bumbung, tempat pemijak tepi, bar oleng krom, serta logo Peugeot dan Landtrek di bahagian tailgate. 
 


Bergantung kepada varian yang ditawarkan, Landtrek ini mampu memuatkan sehingga enam orang pada satu-satu masa - tiga di baris depan, tiga di baris belakang. 

Versi lima tempat duduk juga turut ditawarkan, dimana tempat duduk baris pertama diasingkan dengan perehat tangan sentral. 

Untuk memudahkan urusan keluar masuk, Peugeot Landtrek didatangkan dengan tujuh tempat pemegang tangan. 
 


Reka bentuk dalaman kabin pula diinspirasikan daripada crossover kompak 3008 yang merangkumi stereng two-spoke, sistem infotainmen bersaiz 10 inci, sistem pendingin hawa dua zon, serta sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. 

Untuk keselamatan, Peugeot Landtrek hadir dengan ciri seperti Amaran Keluar Laluan, sistem kamera 360 darjah, Bantuan Menurun Cerun, serta Trailer Swing Control.
 


Unit janaan kuasa pula terdiri daripada enjin 2.4 liter petrol yang menghasilkan 207 kuasa kuda dan 320 Nm, manakala enjin diesel 1.9 liter daripada Isuzu pula menghasilkan 148 hp dan 350 Nm. 

Sistem pacuan didatangkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau automatik enam nisbah kelajuan. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita itu disahkan tidak benar oleh sumber dalaman syarikat Jaguar Land Rover dengan menyatakan…
Berita Global
Jadi, bagaimana sekiranya sebuah jenama kereta sports yang tidak pernah memiliki kepakaran trak…
Berita Global
Kia dipercayai akan menggunakan platform yang sama digunakan oleh Hyundai untuk trak pikap mereka…