Pesawat Vietjet tersasar landasan ketika mendarat

oleh SALINA JALIL|
Sebuah pesawat penumpang, Vietjet tersasar landasan ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Tan Son Nhat di Ho Chi Minh City semalam, namun tiada penumpang cedera, kata syarikat itu.


Vietjet berkata, pesawat yang tiba dari pulau peranginan, Phu Quoc tersasar landasan berikutan hujan lebat dan angin kencang, lapor Reuters.

 

Hoang Trieu, 40, yang sedang mengambil gambar dari sebuah bangunan tepat di luar lapangan terbang, menyaksikan keseluruhan kejadian itu.

 

"Hujan turun dengan lebat dan pesawat tersebut tergelincir di kawasan rumput," kata Trieu.

 

"Salah satu roda meletup dan terbenam ke dalam tanah. Sebuah trak bomba tiba dengan cepat ke tempat kejadian dan selepas satu jam kemudian, sebuah bas datang dan mengambil para penumpang."

 

“Pesawat, penumpang dan anak kapal semuanya selamat,” kata Vietjet dalam satu kenyataan tanpa menyatakan bilangan penumpang pesawat tersebut.

 

Laporan media tempatan berkata, lapangan itu ditutup dalam insiden yang membabitkan pesawat Airbus, A320neo.

 

tyre stuck

 

sumber: evexpress

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menurutnya, dengan menggunakan bahan-bahan seperti sisa buangan isi rumah, kumbahan dan minyak…
Berita Global
  Menurut FlyDubai, satu daripada pesawat Boeing 737-800s miliknya bertembung dengan kapal terbang…
Berita Global
Pesawat ES-19 direka untuk membawa penumpang sebanyak 19 orang pada satu-satu masa, dengan jarak…