Pesawat ringan terhempas di Elmina

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: media sosial
Sebuah pesawat ringan dilapor terhempas di Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie, Shah Alam.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai mengorbankan juruterbang dan penumpang, serta seorang penunggang motosikal.

Menurut informasi yang diperoleh, pesawat ringan model Fouga CM-170 Magister itu terhempas tidak jauh daripada landasan Lapangan Terbang Subang.

Berdasarkan semakan di laman web FlightAware, pesawat bernombor N28JV itu sedang dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Subang.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Kemaskini:

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu siaran media mengesahkan kejadian pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam sebentar tadi.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif CAAM Dato' Kapten Norazman bin Mahmud, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV itu  berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 2.08 pm menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Keadaan enam penumpang serta dua kru masih lagi belum dikenalpasti buat masa ini.

 


Sumber: Harian Metro, FlightAware, Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kejadian tersebut…
Berita Domestik
Jelasnya, pesawat itu sudah pun mendapat kebenaran daripada menara kawalan beberapa minit sebelum…
Berita Global
  Siasatan awal mendapati Colin terlalu leka membetulkan sistem komunikasi yang rosak dan terlupa…