Pesawat ringan mendarat cemas di tapak ECRL, juruterbang dan pelatih selamat

oleh Penyumbang Rencana|
Gambar dari JBPM
Juruterbang dan pelatih juruterbang dilaporkan selamat apabila pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di Klang pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, juruterbang, Rolando Barba Jr dan pelatih juruterbang, Muhammad Ridz Farhan Ridzwan dilaporkan selamat.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut jam 4.13 petang.

Beliau berkata, pesawat ringan dengan nombor pendaftaran 9M-ANA itu dikendalikan oleh Kelab Penerbangan Subang.

"Pesawat ringan itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman.

"Jentera bersama anggota bomba tiba di lokasi kejadian jam 4.42 petang bagi melakukan operasi menyelamat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wan Md Razali berkata, operasi menyelamat melibatkan tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara, BBP Pelabuhan Klang serta BBP Klang Selatan.

Menurut beliau, seramai lima pegawai kanan, satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan 17 anggota lain terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

Tambahnya, pemeriksaan telah dilakukan ke atas pesawat ringan tersebut dan tidak menunjukkan tanda-tanda kebakaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira jam 3.30 petang.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa pesawat sedang menjalani latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Subang menuju ke Kuala Selangor.

Katanya, pesawat dipercayai mengalami kegagalan mekanikal iaitu enjin gagal berfungsi semasa di udara.

Siasatan akan dijalankan di bawah Bahagian XXIII Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam insiden jam 1.45 tengah hari itu, juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu…
Berita Global
Menerusi syarikat Honda Aircraft Company, Honda baru-baru ini mengumumkan pengedaran pesawat…
Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat masih belum dikeluarkan dari serpihan…