COVID-19: SIA tawar proses pengesahan kesihatan digital untuk pelanggan dari KL atau Jakarta ke Singapura

oleh SALINA JALIL|
Singapore Airlines (SIA) telah memulakan percubaan membabitkan proses pengesahan kesihatan digital, yang menawarkan pelanggan keupayaan untuk menyimpan dan menyerahkan maklumat berkaitan ujian COVID-19 termasuk status vaksinasi mereka pada masa akan datang.


Perkhidmatan terbabit ditawarkan mulai hari ini kepada pelanggan yang melakukan penerbangan SIA dari Kuala Lumpur atau Jakarta ke Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pada masa akan datang, ujian dan vaksin COVID-19 akan menjadi perkara yang penting dalam perjalanan udara," kata Pemangku Naib Presiden Kanan Perancangan Pemasaran Singapore Airlines, JoAnn Tan dalam satu kenyataan hari ini.

 

"Kami menawarkan penyelesaian digital yang membolehkan pengesahan maklumat ini dipermudahkan serta terjamin, dan menyokong pemulihan industri daripada pandemik agar menjadi lebih selamat," katanya.

 

Untuk Malaysia, SIA menyenaraikan 46 klinik di seluruh negara yang kini mengeluarkan sijil kesihatan yang boleh disahkan secara digital.

 

Pelanggan yang mengambil ujian COVID-19 di klinik terpilih, akan diberikan sijil kesihatan digital atau sijil kertas dengan kod QR.

 

Kakitangan daftar masuk lapangan terbang dan pihak berkuasa imigresen Singapura akan dapat mengesahkan ketulenan sijil ini melalui aplikasi mudah alih yang selamat serta memastikan pelanggan berkenaan memenuhi syarat kemasukan ke Singapura, katanya.

 

Syarikat penerbangan itu berkata, selain sijil digital pelanggan juga boleh membawa sijil kertas bagi pengesahan manual.

 

Ini adalah kaedah yang paling cepat dan selamat untuk mengesahkan kelayakan kesihatan penumpang daripada protokol sedia ada, mempercepatkan proses daftar masuk ke lapangan terbang serta proses pendaftaran imigresen ke Singapura, kata SIA.

 

Syarikat penerbangan itu berkata, ini akan memudahkan pelanggan mengawal maklumat mereka, melicinkan perjalanan dan menghasilkan pengalaman yang lebih lancar dengan bantuan teknologi digital dalam normal baharu.

 

Jika berjaya, kemudahan ini akan diperluaskan ke bandar-bandar lain dalam rangkaian laluan SIA.

 

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pesawat penumpang itu telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira tiga jam…
Berita Global
  Lebih 400 pengunjung tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan keselamatan seperti biasa di…