Pesawat Hawk milik Tentera Nasional Indonesia terhempas di kawasan perumahan

oleh SALINA JALIL|
Sebuah pesawat pejuang Tentera Nasional Indonesia (TNI) jenis Hawk 209 terhempas di kawasan perumahan di Riau semalam.


Menurut kenyataan TNI, dalam kejadian 8.13 pagi waktu Indonesia barat itu, pesawat pejuang terbabit terhempas di kawasan Perumahan Mutiara Sialang Indah, Desa Kubang Jaya, Kabupaten Kampar, Riau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walau bagaimana pun juruterbang pesawat itu, Apriyanto Ismail dilaporkan terselamat selepas menggunakan kerusi lenting dan kini dirawat di Hospital Dr Soekirman Lanud Pekanbaru.

 

Menurut media tempatan, penghuni dua buah rumah yang rosak teruk terbabit dilaporkan tidak berada di rumah ketika kejadian.

 

Punca nahas pesawat Hawk 209 buatan Britain yang digunakan TNI sejak 1996 itu masih dalam siasatan.

 

 

 

express.uk

Berita Berkenaan

Informasi
  Pesawat Hawk pertama diterima TUDM pada 1994 dan sehingga kini telah berlaku sembilan kejadian…
Berita Global
  Majoriti bahagian pesawat kecuali kokpit dan ekornya musnah selepas ia terhempas di sebuah…
Berita Global
"Kebanyakan daripada mangsa adalah penuntut Universiti Tentera Udara Kebangsaan Kharkiv, kata…