Pesawat tentera udara Mexico terhempas, enam anggota tentera maut (video disertakan)

oleh SALINA JALIL|
Enam individu maut apabila sebuah pesawat Tentera Udara Mexico terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di Veracruz sekitar 9.45 pagi waktu tempatan hari ini, menurut pihak berkuasa.


Kejadian itu berlaku apabila pesawat Learjet 45XR berlepas dari Lapangan Terbang El Lencero di Emiliano Zapata berhampiran bandar Xalapa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Majoriti bahagian pesawat kecuali kokpit dan ekornya musnah selepas ia terhempas di sebuah padang.

 

Video kejadian itu menunjukkan pasukan penyelamat cuba memecahkan tingkap kokpit pesawat berkenaan bagi mencari mangsa terselamat.

 

Kementerian Pertahanan Mexico dalam satu kenyataan berkata, enam tentera terkorban dalam kejadian itu, termasuk juruterbang dan pembantunya.

 

Punca kejadian tersebut masih belum diketahui.

 

Maklumat dari FlightAware menunjukkan pesawat itu terbang dari Bandar Mexico ke Xalapa awal hari ini tetapi penyelamat berkata ia berlepas untuk ke Villahermosa di Tabasco ketika pesawat itu terhempas.

 

Video misi mencari mereka yang terselamat dibawah ini:

 

 

 

– Agensi

Berita Berkenaan

Informasi
  Pesawat Hawk pertama diterima TUDM pada 1994 dan sehingga kini telah berlaku sembilan kejadian…
Berita Global
"Kebanyakan daripada mangsa adalah penuntut Universiti Tentera Udara Kebangsaan Kharkiv, kata…
Berita Global
  Walau bagaimana pun juruterbang pesawat itu, Apriyanto Ismail dilaporkan terselamat selepas…