Peruntukkan RM3 juta untuk lebar jalan di Persiaran Mokhtar Dahari

oleh Penyumbang Rencana|
sebahagian jalan Persiaran Mokhtar Dahari
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM3 juta bagi projek pelebaran jalan di Persiaran Mokhtar Dahari, di Shah Alam yang mengalami kesesakan kritikal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Izham Hashim, berkata projek langkah jangka pendek itu membabitkan dua lorong sepanjang satu kilometer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Projek dijangka siap akhir tahun ini. Namun untuk langkah jangka panjang, kita akan tambah satu lagi lorong di kedua-dua hala memandangkan lokasi ini adalah jalan utama selain bertembung dengan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

"Projek akan dilaksanakan dua tahun lagi dengan anggaran RM20 juta termasuk kos utiliti. Bagaimanapun ia ditanggung Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan syarikat Teguh Mantap yang memajukan kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke lokasi berkenaan, pada Rabu.

Pada 26 Oktober tahun lalu, media melaporkan pihak berwajib dirayu segera melaksanakan pelebaran laluan sedia ada yang sering mengalami kesesakan teruk membabitkan anggaran lebih 100,000 pengguna, terutama pada waktu puncak.

Ia adalah laluan utama penduduk di beberapa kawasan penempatan sekitar, terutama dari Alam Budiman, Kampung Meru dan Puncak Alam, yang kini terpaksa menempuh kesesakan hampir sejam berbanding perjalanan hanya m lima minit sebelum ini.

Malah, kekurangan lorong untuk menampung peningkatan aliran trafik di laluan terbabit kerap menyaksikan kesesakan berlaku hingga sepanjang lebih tiga kilometer (km).

Dalam perkembangan berkaitan, Izham berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM5.2 juta bagi memasang 752 LED di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, kos membabitkan dua fasa dengan fasa pertama berjalan tahun lalu membabitkan RM2.3 juta, manakala fasa kedua berjumlah RM2.9 juta yang bermula bulan ini.

 

 

Harian Metro