Perubahan ke EV - Renault cadang buang 2,000 pekerja di Perancis

oleh HEZERI SAMSURI|
Renault minggu lalu telah mengumumkan ia akan memberhentikan 2,000 pekerjaan di dalam bidang kejuruteraan dan sokongan di Perancis dalam proses ia bertukar kepada pembuat kenderaan elektrik (EV).

Sebelum ini, Renault telah membuang seramai 4,600 orang pekerja di sana dalam usaha pengstrukturan agar ia mengurangkan kerugian kumpulan itu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Kenyataan Renault dibuat selepas mesyuarat bersama persatuan pekerja berkaitan perancangan terbaharu mereka.

Renault mensasarkan untuk membina sembilan model kenderaan baharu dan projek itu akan membabitkan 500 peluang pekerjaan baharu yang akan membabitkan pengkhususan seperti sains data dan kimia yang akan membantu usahanya menghasilkan EV dan bateri.

Di samping itu, Renault juga mahu mengambil 2,500 orang pekerja baharu untuk tugas-tugas lain.

Sumber berita dari Reuters.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…
Berita Global
Kerjasama baharu itu bakal melibatkan pelaburan sehingga 7 bilion euro (RM36 billion). Ia…