Perodua santuni pesakit kanak-kanak Hospital Selayang sempena CNY

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada sesiapa yang suka berjauhan daripada keluarga dan kawan-kawan semasa Tahun Baharu Cina – lebih-lebih lagi ketika masih kecil.

Dengan pemikiran ini, Perodua melawat semula Hospital Selayang untuk membawa kemeriahan Tahun Baharu Cina kepada wad pediatriknya.

Pada hari Sabtu yang lalu, 10 sukarelawan Perodua serta maskot UFirst Ari mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80 orang pesakit kanak-kanak, yang kemudiannya menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan dengan gembira.

“Sumbangan kami ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang kami terhadap wad pediatrik Hospital Selayang. Kami berharap sumbangan ini berjaya membawa semangat dan suasana Tahun Baharu Cina kepada kanak-kanak serta para pekerja yang tidak dapat meraikannya di rumah kali ini.
 


“Pada Tahun Baharu Cina yang lalu, kami telah menyumbang tiga beg ambu (peralatan bantuan pernafasan) dan mengedarkan hamper kepada semua kanak-kanak di wad pediatrik.

“Kami sentiasa berhubung dengan pihak Hospital Selayang untuk mengetahui keperluan serta kehendak mereka – sama seperti yang kita lakukan dengan pelanggan kami yang dihargai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Kami telah merancangkan banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak, termasuk persembahan boneka dan badut, mewarna dan menyanyi. Para sukarelawan kami juga akan membantu menceriakan ruang bermain kanak-kanak dengan membeli mainan dan buku baharu serta menghias dan membersihkan tempat tersebut,” tambahnya.
 


Perodua juga menyumbang tiga unit pulse oximeter (peralatan yang menyukat jumlah oksigen di dalam badan) dan enam buah skrin mudah alih, bernilai RM12,000 keseluruhannya, kepada wad pediatrik. Ketua Jurutera Eksekutif Perodua En Albert Ngu menyampaikan peralatan itu bagi pihak Perodua kepada Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Selayang Dr Selva Kumar.

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan pandulah dengan selamat, sopan dan bertanggungjawab semasa musim perayaan ini,” kata Dato’ Zainal.

Tweckbot, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan mudah alih percuma Perodua, telah memeriksa 125 buah kenderaan menjelang Tahun Baharu Cina ini, dan mensasarkan sebanyak 1,000 pemeriksaan semasa musim perayaan di lokasi-lokasi tertentu tahun ini.

 


Tweckbot telah membantu memastikan kenderaan Perodua berada dalam keadaan selamat semasa musim perayaan sejak 2011 dengan menawarkan pemeriksaan 50-titik percuma kepada hampir 7,000 kenderaan sehingga kini.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC…
Berita Domestik
Antara tawaran menarik sempena kempen itu ialah kadar faedah rendah bermula dari 1.15 peratus dan…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu bagi meraikan kesemua…