smart Lóng龙-evity tawar kadar faedah serendah 1.15 peratus, smartCharge Home Charger percuma bernilai RM3,200

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena meraikan Tahun Baru Cina, pengedar jenama smart terpilih diseluruh negara akan menawarkan Tawaran Lóng龙-evity eksklusif untuk pelanggan yang membeli mana-mana variant smart#1 iaitu Pro, Premium atau BRABUS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara tawaran menarik sempena kempen itu ialah kadar faedah rendah bermula dari 1.15 peratus dan penawaran smartCharge Home Charger percuma yang bernilai RM3,200 bersama jaminan selama dua tahun.

Selain itu juga, pembeli smart#1 berpeluang untuk menikmati kredit pengecasan bernilai RM3,888 melalui aplikasi Hello smart App, khusus untuk pembelian sehingga 29 Februari ini melalui bank-bank terpilih.

 

2

 

Sepanjang tempoh tawaran itu juga, pelanggan yang mengunjungi cawangan pengedar smart dapat menikmati pelbagai aktiviti perayaan yang disediakan untuk seisi keluarga.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan ialah tradisi tarian singa, letupan mercun, sesi seni kaligrafi Cina, cabutan bertuah, mencuba kreativiti dengan kalendar D.I.Y, serta mengikuti bengkel seni kanak-kanak.

Berfungsi sebagai kemudahan komuniti smart, pelanggan juga berpeluang untuk memandu uji model smart#1, di samping memanfaatkan pengecas AC dan DC berkuasa tinggi.

Kunjungi bilik pameran smart mengikut tarikh dan lokasi di bawah:

2

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S itu terletak di tingkat bawah Menara TSR di Mutiara Damansara, dengan keluasan 7,500 kaki…
Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Berita Domestik
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli…