Perodua D55L buat kemunculan pertama di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas kemunculan Daihatsu Rocky di negara jiran bulan lalu, kini kelibat kembarnya Perodua D55L sudah pun muncul di tanah air kita Malaysia.
Modenas

Memetik daripada laporan rakan media Paultan, Perodua D55L yang masih sarat dengan pelekat samaran tersebut dikesan di luar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya di atas trailer yang terang-terang memaparkan laman web Perodua.

Adakah ini menandakan pelancaran rasmi SUV ini dalam masa terdekat?

Tidak, ini kerana sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Perodua tidak merancang untuk melancarkan SUV baharu pada tahun ini.

 


Menurut CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menjelaskan, mengikut perancangan asal SUV baharu tersebut tidak pernah dijadualkan pelancarannya pada tahun ini.

"Disebabkan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan, kami harus menilai kembali perancangan asal, dan buat masa ini, kami tidak akan melancarkan model baharu dalam tempoh terdekat," ujar beliau lagi.

Kesan daripada pengumuman pengecualian cukai jualan oleh kerajaan baru-baru ini menyaksikan peningkatan permintaan terhadap model-model semasa Perodua, di mana syarikat Rawang tersebut terpaksa beroperasi pada kadar 98-99 peratus daripada kapasiti asal, atau kira-kira 25,000 unit sebulan.

Pada ketika ini, tempoh menunggu bagi kenderaan Perodua adalah lebih daripada dua bulan.

 


Perodua D55L berkongsi platform yang serupa dengan Daihatsu Rocky/Toyota Raize iaitu platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture).

Enjin yang digunakan adalah nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo dengan kod nama 1KR-VET yang menghasilkan 98 PS dan 140 Nm, dipadankan dengan unit transmisi D-CVT, seperti yang pernah diuji pada tahun lalu menerusi model Daihatsu Tanto (Indonesia) dan Daihatsu Thor (Malaysia).

Gandingan kedua-dua unit enjin dan transmisi tersebut memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 5.4 liter/100 km.

Spesifikasi sudah pun kita tahu, bagaimana pula dengan harganya?

Adakah ia mampu memberikan pulangan nilai yang cukup baik?

Sumber: Paultan

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, dalam satu perkembangan terbaharu, Perodua mengesahkan bahawa SUV yang masih tidak bernama…
Berita Domestik
Malah, dalam satu laporan yang diterbitkan oleh rakan media Autonetmagz, pihak Toyota Astra Motor (…
Berita Global
Malah, jumlah jualan yang dicapai oleh Toyota Raize sebenarnya sudah pun melebihi jumlah yang…