Perodua bakal lancar hibrid tahun 2024

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Tahun ini kita disajikan dengan pelbagai pelancaran EV yang dapat memberikan pilihan kepada pembeli untuk mencari atau mencuba sesuatu perkara baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara EV yang memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini ialah Hyundai Ioniq 5, Kia EV6, BMW i, Mercedes-Benz EQ, Volvo XC40 Recharge dan yang terkini beberapa jenama dari China seperti GWM Ora Good Cat dan BYD Atto 3.

 

atto 3

 

Hal ini sekaligus dapat menyokong usaha kerajaan untuk peralihan rakyat kepada EV bagi menjadikan negara dengan kenderaan rendah karbon pada masa hadapan.

Menurut laporan dari Berita Harian, Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata segmen EV masih positif dan menarik dengan jangkaan lebih banyak EV akan ditawarkan untuk pasaran tempatan pada tahun depan.

 

ioniq 5

 

Jim Lim Khai Xhiang berkata, "Bermaz Auto Bhd dan Sime Darby Motors turut mempunyai pilihan EV paling banyak dan ini memberikan mereka kelebihan untuk menarik pengguna EV yang semakin meningkat pada peringkat tempatan, selain BMW yang dijangka akan menawarkan EV i7 dan i5"

"Sementara itu, BYD sedang menerima beribu-ribu pesanan bagi Atto 3 manakala Bermaz pula akan melancarkan EV Peugeot e-2008 baharu dan Kia PBV1. Toyota juga akan memperkenalkan EV bateri pertamanya, bZ4X."

 

ev6

 

"Walaupun belum bersedia untuk 2023, Perodua akan memperkenalkan EV hibrid pertamanya pada 2024 dan Proton dijangka melancarkan EV pertamanya pada 2027,"

Jika dilihat pada jangkaan pasaran EV pada tahun 2023, pembeli di Malaysia sememangnya akan diberikan pelbagai pilihan menarik.

 

dolphin

 

Selain itu, tahun depan BYD di bawah Sime Darby Motors dijangka akan melancarkan 2 buah EV yang dikenali sebagai Seal dan Dolphin di pasaran China, kedua-dua model tersebut telah ditunjukkan semasa pelancaran Atto 3.

Apa yang menariknya, BYD Dolphin mungkin bakal ditawarkan pada harga mampu milik di bawah RM100 ribu, sekaligus dapat memberikan peluang kepada semua golongan untuk mencuba EV.

 

seal

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…