Permintaan tinggi di Jepun, angka jualan global Toyota melonjak 9 peratus!

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Ogos, angka jualan global Toyota melonjak sembilan peratus kepada 923,180 unit disebabkan penambahbaikan terhadap rantaian bekalan dan permintaan yang meningkat.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Toyota dan Lexus mencatatkan peningkatan 3 peratus di Eropah terutama di pasaran Itali, Sepanyol dan England, namun mengalami penurunan 4 peratus di pasaran Asia, dan penurunan sebanyak 6 peratus di China.

Namun begitu, angka jualan Toyota di Jepun dilihat melonjak 45 peratus sepanjang bulan Ogos, diikuti 63 peratus di pasaran Korea Selatan untuk tempoh yang sama.

Ini menjadikan jumlah jualan Toyota mencecah rekod tertinggi dengan peningkatan sebanyak tujuh bulan berturut-turut untuk pasaran global, serta lapan bulan berturut-turut untuk pasaran Jepun.
 

bx


Selain daripada itu, produksi global syarikat itu turut meningkat empat peratus kepada 924,509 unit untuk tempoh yang sama, di mana angka tersebut turut merangkumi kenderaan yang dipasang oleh Daihatsu dan Hino.

Sepanjang bulan Ogos, Toyota telah menjual 11,880 unit kenderaan elektrik bateri (BEV), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 65,467 unit untuk tahun ini, atau dua kali ganda jika dibandingkan dengan 24,000 unit BEV yang dijual pada tahun 2022.

Toyota sebelum ini mengunjurkan perancangan untuk menghasilkan kira-kira 150,000 unit BEV pada tahun ini, 190,000 unit pada tahun 2024 dan 600,000 unit pada tahun 2025.

Sumber: Japan Times

Berita Berkenaan

Informasi
Untuk makluman, Toyota juga turut mempunyai program Loyal-T yang menjanjikan pelbagai manfaat dan…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selain daripada memfokuskan kepada model seperti GR Yaris, GR Supra, GR Corolla dan GR86, Toyota…