Permintaan menggalakkan, Ford tawarkan Bronco Sasquatch dengan transmisi manual 7 kelajuan!

oleh Mohamad Hanif|
Ford pada awalnya hanya menawarkan transmisi manual untuk SUV off-road Bronco pada varian tertentu sahaja, seperti Base, Big Bend, Black Diamond, dan Badland.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, untuk Bronco yang dilengkapi pakej off-road yang menyeluruh Sasquatch, ia tidak didatangkan dengan kawalan penukaran gear manual walaupun hadir dengan ciri menarik seperti tayar mud-terrain 35 inci, suspensi yang lebih tinggi, kunci gandar depan dan belakang, fender flare dan peredam dari Bilstein.

Disebabkan permintaan yang amat menggalakkan, Ford kini menawarkan transmisi manual tujuh nisbah kelajuan untuk Bronco Sasquatch - termasuklah model dua dan empat pintu.

 


Menurut Mark Grueber, pengurus pemasaran pelanggan Ford Bronco berkata, "kami mendengar apa yang diluahkan oleh komuniti Bronco."

"Oleh sebab itu, pasukan kami dengan segera menambah transmisi manual ke dalam pakej Sasquatch dalam usaha untuk memberikan pengalaman off-road yang lebih baik kepada pelanggan kami.

"Keupayaan menjadi keutamaan, dan memadankan Sasquatch dengan transmisi manual dan sistem pacuan 4x4 termaju memberikan nisbah merangkak maksimum 94.75:1, memberikan lebih keupayaan off-road berbanding spesifikasi sedia ada," ujar Dave Pericak, pengarah ikon global Ford.

Penawaran transmisi manual tujuh kelajuan ini walaubagaimanapun hanya dihadkan kepada enjin EcoBoost 2.3 liter 270 hp sahaja, manakala penawaran enjin V6 2.7 liter dengan kuasa 310 hp itu hanya dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan sahaja.

 


Para peminat Sasquatch dengan transmisi manual ini boleh mendapatkan unit masing-masing pada lewat tahun 2021, manakala tempahan pula akan dibuka pada Disember ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…