Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada sesetengah negara yang mungkin langsung tidak berpeluang untuk membeli model ini.
Lebih mendukacitakan apabila Ford langsung tidak mahu menawarkan Bronco dalam versi pemanduan sebelah kanan.
Ini kerana, berdasarkan kajian di negara-negara pemanduan kanan seperti UK, Australia, New Zealand dan Jepun, Ford mendapati permintaan adalah tidak cukup memberangsangkan untuk menjadikan proses penukaran Bronco kepada model RHD berbaloi.
Malah menurut laporan daripada Carscoops, adalah menjadi satu polisi bagi Ford UK untuk tidak menjual mana-mana kenderaan versi pemanduan kiri menerusi jaringan pengedar.
Jadi, peminatnya di UK boleh mendapatkan model Bronco ini menerusi saluran import atau membelinya dari pengedar bebas.
Di pasaran Eropah, Ford Bronco hanya akan ditawarkan dalam versi lima pintu dengan kelengkapan seperti skrin tengah bersaiz 12 inci, unit audio B&O Hi-Fi, serta kelengkapan off-road bagi menjadikannya setanding dengan Land Rover Defender.
Spesifikasi penuh hanya akan diumumkan menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung lewat tahun 2023.
Baca: Ford Bronco
Sumber: Carscoops