Permainan video perlumbaan terkenal, Gran Turismo kini telah berusia 25 tahun

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pejam celik pejam celik, permainan video lumba dan simulasi terkenal Gran Turismo kini sudah berusia 25 tahun, pastinya dikalangan pembaca ada yang pernah bermain permainan video Gran Turismo terawal dihasilkan menggunakan konsol permainan video terawal iaitu PlayStation 1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga hari ini setelah 25 tahun, permainan video Gran Turismo telah dijual sebanyak 90 juta salinan secara global semenjak dilancarkan pertama kali pada tahun 1997, ianya berjaya mencipta sejarahnya tersendiri dalam kategori permainan video perlumbaan.

 

2

 

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Polyphony Digital, Kazunori Yamauchi yang merupakan pencipta asal Gran Turismo telah menulis surat untuk peminat permainan video tersebut bagi meraikan kejayaan 25 tahun.

Siri pertama Gran Turismo mula dikeluarkan pada tahun 1997, tetapi penciptanya, Kazunori Yamauchi sebenarnya telah menghasilkan beberapa permainan awal yang memulakan projek asal Gran Turismo pada 1992.

 

3

 

Pada 1994, Kazunori telah menerajui permainan video lain iaitu Motor Toon Grand Prix, 3 tahun selepas itu beberapa asas fizik MTGP telah diambil untuk digunakan dalam Gran Turismo, dan terhasilnya salah satu permainan video paling berjaya dalam sejarah.

Dalam surat yang ditulis khusus untuk peminat, Kazunori Yamauchi berkata, "Mencari kecantikan adalah motivasi di sebalik penciptaan Gran Turismo. Motivasi itu jelas dilihat pada setiap siri."

 

4

 

"Walaupun ciri, bunyi dan enjin fizik sering mendapat kritikan daripada orang ramai, namun grafik Gran Turismo jarang dipersoalkan."

"Secara peribadi, saya boleh memberitahu anda bahawa saya tidak akan berada di sini untuk menulis surat jika bukan kerana Gran Turismo."

 

5

 

"Ia mencetuskan minat peribadi saya untuk kereta, mengubah suai dan menala. Sebagai salah satu daripada berjuta-juta di seluruh dunia yang mempunyai cerita yang sama, saya ingin berfikir bahawa kita mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun lagi permainan GT di masa hadapan."

Penulis percaya bahawa mereka yang pernah bermain permainan video ini mempunyai banyak kenangan manis dan berharga, selain dapat mencetuskan minat seseorang terhadap kereta dan dunia perlumbaan.

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak berkesempatan (dan tidak berkemampuan) untuk membeli Civic Type R FL5, anda…
Berita Global
Menurut laporan daripada BimmerToday, BMW akan menggugurkan model 6 Series GT untuk model tahun…
Berita Global
Ini kerana bulan depan, permainan video simulasi perlumbaan Gran Turismo bakal menawarkan sebuah GR…