Toyota GR Corolla MORIZO Edition bakal muncul dalam Gran Turismo bulan depan!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita gembira buat para peminat model hot hatch GR Corolla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana bulan depan, permainan video simulasi perlumbaan Gran Turismo bakal menawarkan sebuah GR Corolla spesifikasi MORIZO Edition 2022 untuk dipandu bersempena dengan pusingan ketujuh perlumbaan simulasi Toyota GAZOO Racing GT Cup (TGR GT Cup) yang dijadualkan berlangsung pada 27 Ogos ini.
 

GR COROLLA


Menurut laman Gran Turismo lagi, mana-mana peserta yang memasuki mana-mana tujuh pusingan di dalam TGR GT Cup Online Qualifying dan ID PSN mereka tercatat pada senarai Points Ranking pada akhir pusingan akan menerima Toyota GR Corolla MORIZO Edition 2022 sebagai hadiah pada 28 Ogos jam 9.00 pagi (BST).

Buat mereka yang tidak sempat untuk menyertai acara yang disebutkan di atas usah risau kerana hot hatch tersebut boleh dibeli secara rasmi menerusi Brand Central bermula akhir September nanti.
 

GR Corolla


Toyota GR Corolla MORIZO Edition 2022 boleh digunakan untuk sesi latihan selepas proses penyelenggaraan pelayan dibuat pada 7 Ogos nanti.

MORIZO merupakan satu rujukan kepada nama samaran yang digunakan oleh bekas presiden Toyota, Akio Toyoda sewaktu berlumba di atas litar.
 

GR Corolla


Selain daripada GR Yaris, spesifikasi MORIZO turut ditawarkan pada GR Corolla, dengan membawakan naik taraf kuasa enjin kepada 300 hp dan 400 Nm, talaan semula kepada kotak gear manual, suspensi, serta pengurangan berat badan sebanyak 45 kg.

Baca: Toyota GR Corolla MORIZO Edition

Untuk makluman, Toyota GR Corolla kini sudah pun berada di pasaran Malaysia dengan membawakan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo menghasilkan 300 PS dan 370 Nm, padanan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda GR-FOUR.
 

GR corolla


Harga jualan untuk sebuah GR Corolla bermula dari RM355,000 atas jalan tanpa insurans.

Baca: Toyota GR Corolla 2023 (Malaysia)

Baca: Toyota GR Corolla 2023 (Global)

 

Toyota GR Corolla MORIZO Edition 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak berkesempatan (dan tidak berkemampuan) untuk membeli Civic Type R FL5, anda…
Berita Global
Menurut laporan daripada BimmerToday, BMW akan menggugurkan model 6 Series GT untuk model tahun…
Gaya Hidup
Penulis juga baru berjinak-jinak dengan game ini beberapa bulan yang lepas, dengan azam untuk…