PERLUMBAAN RALI KEMBALI DI MALAYSIA SETELAH LIMA TAHUN MENYEPI

oleh Penyumbang Rencana 2|
SETELAH lima tahun sukan permotoran rali tanah air menyepi, perlumbaan rali Malaysia International Rally Championship (MIRC) akan kembali beraksi pada tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah menjadi juara keseluruhan kejohanan World Rally Championship (WRC) dalam kategori Production Car (PWRC) pada tahun 2002.

Kejuaraan itu menjadikan beliau sebagai rakyat Malaysia serta wakil Asia pertama yang menjuarai kejohanan tersebut.

RALI

Laluan ladang sawit yang mencabar dan berkelajuan tinggi menjadikan Malaysia sebagai lokasi perlumbaan rali yang digemari serta mencabar di Asia Pasifik umumnya.

Tahun depan, peminat sukan rali dapat menyaksikan perlumbaan MIRC 2024 yang dianjurkan oleh Millenium Motorsport Adventure Club (MMAC) secara besar-besaran pada bulan Mac.

Penganjuran berbentuk karnival tersebut akan diadakan di ladang sawit di Felda Panching di Paya Besar dan juga di bandar Kuantan, Pahang.

Acara itu akan diuruskan oleh syarikat pengurus acara terbesar iaitu Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation bersama rakan strategik dari Pejabat Parlimen Paya Besar, Majlis Bandaraya Kuantan dan Kerajaan Negeri Pahang serta Pahang Corporation.

RALI

Acara ini turut mendapat pengiktirafan dari Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pengarah MIRC, Datuk Seri Muhammad Khafey Ikhwan Abdul Latiff berkata, acara kali ini berstatus berbeza dari anjuran sebelumnya dan perlumbaan akan turut disertai beberapa pelumba rali dari luar negara.

RALI

“Acara kali ini akan turut disertai pelumba rali dari China, Thailand dan Indonesia serta pelumba tempatan yang pasti menantikan kembalinya kehebatan sukan rali di Malaysia” katanya.

Beberapa aktiviti ditambah untuk memeriahkan sepanjang minggu acara perlumbaan tersebut seperti karnival makanan, konsert nyanyian dan cabutan bertuah.

Turut diselitkan ceramah agama perdana dari penceramah terkemuka yang akan berlangsung di Tapak Karnival Felda Panching pada malam Sabtu.

Perlumbaan rali berstatus antarabangsa ini turut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 kepada setiap pemenang kelas 4WD dan 2WD.

 

Penulis: Firdaus Razani 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Hyundai i20 N Rally1 2022 ini menampilkan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 1.6 liter…
Sukan Bermotor
Kini, jentera yang sama bakal menonjolkan diri semula di dalam World Rallycross Championship 2022…
Berita Domestik
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan perancangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal…