Perisian "pandu-sendiri" terkini - Tesla mungkin akan perluaskan dalam dua minggu

oleh HEZERI SAMSURI|
Elon Musk, CEO untuk Tesla berkata semalam syarikat beliau mungkin akan memperluaskan lagi sebaran perisian pandu-sendiri terkininya dalam masa dua minggu.

Perisian beta itu ialah kemaskini terbaharu dan dilancarkan kepada beberapa pemandu pada bulan Oktober lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Elon juga berkata cadangan asalnya ialah kemaskini itu akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Sistem pandu-sendiri untuk Tesla sebenarnya tidak terbuka untuk semua negara. Ia memerlukan perkhidmatan jalurlebar 5G dan juga lulus ujian-ujian homologasi oleh setiap negara terbabit.

Jika sesebuah negara itu tidak membenarkan pandu-sendiri, program itu akan "dikunci" oleh Tesla sendiri.

Buat masa sekarang, pandu-sendiri hanya diuji di negara-negara maju dengan kadar kemalangan jalanraya yang rendah atau di kawasan-kawasan tertutup seperti di dalm universiti atau bandar kecil.

Selain dari itu, ia juga memerlukan standard homologasi dan ini masih lagi dalam perangkaan. Ramai pakar keselamatan berkata walaupun kenderaan autonomi ini canggih, mencampurkan kenderaan yang dikawal oleh komputer dengan kenderaan yang dipandu oleh manusia ialah satu keadaan yang merbahaya. 

Ia juga  tidak pernah lagi dicuba di negara-negara Asia Tenggara di mana populasi motosikal adalah sama banyak atau lebih tinggi dari kenderaan empat-roda.

Industri insurans turut sangsi akan teknologi ini tetapi kerajaan Malaysia sudah mula menguji keberkesanan sistem pandu-sendiri, baik dari segi implementasi dan juga dari segi perundangan dalam usaha untuk mempercepatkan lagi penerimaan teknologi tersebut.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…