Perintah Kawalan Pergerakan: PDRM dan ATM mula gunakan dron

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula menggunakan dron bagi mengawal dan memantau pergerakan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadual sehingga 31 Mac depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Majlis ringkas pelancaran penggunaan dron telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, petang semalam.

 

Menurut Ketua Unit Dron PDRM, Superintendan Rasha Azaldin Shafii, sebanyak dua unit dron model Mavic 2 Enterprise dual dan zoom kepunyaan PGU digunakan dalam operasi bersepadu bersama ATM kali ini.

 

"Kedua-dua dron ini berupaya memberikan siren amaran dan nasihat kepada masyarakat untuk mematuhi PKP dalam tiga jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil," ujar beliau ketika ditemui selepas majlis pelancaran tadi.

 

dron 2

 

Manakala ATM pula turut menggunakan model yang sama dengan penambahan sebuah lagi model terkini iaitu DJI Matrice 210.

 

Hadir sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim bersama timbalannya, DCP Dato' Yong Lei Choo dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) ATM, Leftenan Jeneral Dato' Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

 

Juga, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad, Timbalan KPPP ATM, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Norihan Abd Jalal, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan ATM, Mejar Jeneral Tuan Hashim Aman Shah dan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin.

 

 

Sumber: PDRM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…
Informasi
“Buat masa ini kes masih dalam siasatan. “Dan setakat ini masih belum ada tangkapan dan maklumat…
Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…