Perincian Proton Persona 2019 - terima 303 penambahbaikan baharu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dari 2007, Proton Persona memulakan hayatnya sebagai sebuah sedan segmen C dan menjadi antara model sedan paling laris yang pernah dihasilkan oleh Proton setakat ini. 

Beralih kepada generasi kedua pula, ia sudah berubah segmen menjadi sedan segmen B, selaku model kembar tidak seiras kepada Proton Iriz. 
 


Seiring dengan perubahan yang dilakukan kepada Proton Iriz versi facelift, Proton Persona juga turut menampilkan rekaan muka hadapan serba baharu dengan grill Infinite Weave, garisan krom Ethereal Bow dan paling menyerlah, lampu nyalaan siang jenis LED. 

Di bahagian belakang, logo Proton telah ditiadakan bagi menyelarikan rekaan korporat Proton pada semua modelnya, dan digantikan dengan tulisan Proton sahaja. 
 


Memasuki ruang dalaman, tempat duduk menampilkan corak rekaan fabrik baharu, tombol gear yang lebih menarik serta kehadiran 2 slot pengecasan jenis USB di bahagian tengah. 

Manakala warna dua tona masih lagi dikekalkan pada dalaman Persona, berbeza dengan kemasan serba gelap pada Iriz. 
 


Seiring dengan perkembangan teknologi, Proton juga telah mula melengkapkan varian Executive dan Premium dengan unit multimedia skrin sentuh bersaiz 7 inci, namun hanya versi Premium sahaja didatangkan dengan ciri-ciri seperti arahan suara "Hi Proton!" serta akses kepada hiburan dalam talian.

Sistem keselamatan juga tidak pernah dilupakan, dan ianya standard untuk kesemua varian, manakala 6 unit beg udara dikhaskan untuk versi Premium sahaja.

Proton Persona 2019 sudah boleh ditempah di dalam talian pada harga RM9.99 sehingga 22 Mac ini. 

 


Berikut merupakan perincian bagi setiap varian yang ditawarkan oleh Proton Persona 2019

Standard 1.6L MT

1.6L VVT (107 hp/150 Nm)
ABS, EBD, BA, ESC, TCS
Bantuan Mula Mendaki (HHA)
Beg Udara (2x)
Sensor hadapan
Rim aloi 15 inci
Dua speaker
2 slot pengecas USB
ECO Drive Assist
Antena Sirip Jerung
Upholsteri Fabrik
Tricot Headlining
Tulisan Proton di belakang
Paparan multi-info LCD
Spoiler belakang
Tombol gear baharu

Standard 1.6L CVT

tambahan kepada spesifikasi di atas:
CVT

 


Executive 1.6L CVT

tambahan kepada spesifikasi di atas:
sistem multimedia 7 inci skrin sentuh
tempat duduk semi-kulit
4 Speaker
Butang Mula Pandu
Kemasukan pintar
Stereng dengan butang multi-fungsi
Paparan multi-info TFT
Lampu nyalaan siang LED
Remote Trunk Release
Kamera Undur dengan garisan dinamik
Sambungan kepada peranti pintar

Premium 1.6L CVT

tambahan kepada spesifikasi di atas:
Sambungan 4G dan Wi-Fi
Ciri Arahan Suara
Navigasi dalam talian
Penstriman Muzik dalam talian
6 beg udara
Lampu utama automatik
Stereng balutan kulit
Cermin pandang belakang nirrangka
Tombol gear CVT ala-ala Proton X70

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketika sesi pengenalan Proton Persona 2019, Proton turut menitikberatkan soal kos penyelenggaraan…