Kos servis Persona 2019 - kini 32% lebih rendah berbanding Bezza, City

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Ketika sesi pengenalan Proton Persona 2019, Proton turut menitikberatkan soal kos penyelenggaraan dan servis dalam usaha untuk menarik lebih ramai para pengguna memilih Proton Persona 2019. 

Dalam salah satu slide persembahan, Proton secara terus membandingkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa lima tahun untuk sedan segmen B tersebut dengan pesaing rapat - Bezza dan City berdasarkan saiz boot yang dipamerkan.  

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan, Proton Persona menawarkan kos servis yang jauh lebih murah (32%), sebanyak RM3,051.91 secara purata untuk tempoh lima tahun, dengan kadar penjimatan sebanyak RM1,235.80 jika dibandingkan dengan Bezza dan RM731.05 untuk City.

Sehingga kini, hasil usahasama antara Proton dan Geely telah meningkatkan bilangan pusat servis bertaraf 3S dan 4S di seluruh negara, dengan jumlah terkini pada angka 75 buah. 

Semua ini demi memastikan Proton dapat memberikan dan meningkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik kepada para pelanggannya di Malaysia. 

Baca: Pandu Uji Ringkas: Proton Iriz dan Proton Persona 2019

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Gabungan Persatuan Syarikat Permotoran dan Kredit Malaysia (FMCCAM) juga akan meminta kerajaan…
Informasi
Dengan unit penghasilan yang terhad, dan harga jualan mencecah €3.2 juta atau RM15.71 juta di…