Peribadikan Lotus Evija anda menggunakan pengkonfigurasi canggih ini

oleh Mohamad Hanif|
Hypercar elektrik pertama dari Lotus, Evija dijadualkan bakal memasuki fasa produksi dalam masa terdekat, dan Lotus mahu menjadikan pemilikan Evija ini sesuatu yang sangat dekat dengan jiwa pembelinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan hanya sebanyak 130 unit sahaja, ini bermakna 130 orang pemilik Evija diberikan peluang untuk memperibadikan jentera masing-masing menggunakan pengkonfigurasi canggih dan unik ini.

Para pembeli boleh memilih apa jua persoanalisasi yang diinginkan, bermula daripada layangan cat luaran, set rim yang bersesuaian diikuti dengan trim ruang kabin yang ditawarkan dalam pelbagai warna mengikut cita rasa peribadi.

 

 

 


Semua ini merupakan langkah pertama ke arah pemilikan Lotus Evija, di mana Lotus akan menyediakan pengkonfigurasi skrin sentuh serba baharu yang memaparkan grafik rekaan berdefinisi tinggi serta imej dan animasi yang realistik.

Ia dibangunkan menggunakan perisian permainan termaju dan ini membenarkan para pemilik untuk membina dan memperibadikan kenderaan mereka dari awal merangkumi segenap sudut, luar dan dalaman.

Terima kasih kepada teknik pengimejan termaju yang dikenali sebagai ray-tracing, para pemilik Evija boleh 'menggambarkan' hypercar mereka di beberapa lokasi di seluruh dunia untuk melihat bagaimana pencahayaan matahari yang berbeza mampu mempengaruhi visualisasi di dunia sebenar.

 


Bukan itu sahaja, malah para pemilik Evija akan turut dihadiahkan dengan sebuah buku khas yang merekodkan segala proses pemasangan dari titik permulaan sehinggalah siap spesifikasi yang diinginkan, dan buku ini akan diserahkan sekali dengan kunci kereta Evija kepada para pembeli.

Produksi Lotus Evija akan bermula pada tahun ini dan kumpulan Evija yang diperuntukkan untuk tahun ini telah pun habis ditempah oleh para pembeli dari seluruh dunia.

Hypercar pertama Lotus ini memiliki empat buah motor elektrik, secara keseluruhannya mampu menghasilkan 2,000 PS dan daya kilas 1,700 Nm, membenarkan pecutan 0-100 km/j kurang dari tiga saat.

 


Manakala pek bateri lithium-ion yang didatangkan mampu memberikan jarak operasi sejauh 400 kilometer untuk sekali cas penuh, dengan pengecasan pantas 350 kW mencapai kapasiti penuh dalam masa 18 minit sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…