Perdana Menteri India lancar polisi lupus kenderaan - bermula 2023

oleh HEZERI SAMSURI|
Narendra Modi, Perdana Menteri India mengambil langkah berani dengan mengenalkan polisi pelupusan kenderaan dalam usaha untuk memodenkan negara tersebut.

Berita yang mengejutkan itu memberikan tamparan yang hebat untuk negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia yang masih tidak berani memperkenalkan polisi tersebut.

India akan memperkenalkan ujian kenderaan dengan mewujudkan antara 450 hingga 500 pusat ujian kenderaan di seluruh negara itu. 

Kenderaan yang gagal akan diminta untuk dibaiki dan menjalani ujian tersebut sekali lagi. Jika masih gagal, kenderaan itu akan diperintah lupus.

Ujian mandatori untuk kenderaan komersil berat akan bermula pada 1 April 2023 dan ujian kenderaan penumpang biasa akan berkuatkuasa bermula pada 1 Jun 2024.

Polisi itu mewajibkan setiap kenderaan komersil melalui ujian setiap dua tahun untuk lapan tahun pertama, dan setiap tahun selepas itu. Kenderaan penumpang pula perlu memperbaharui pendaftaran selepas 15 tahun dan kemudian setiap lima tahun.

Kenderaan yang dilupuskan akan menerima insentif seperti pendaftaran percuma untuk kenderaan baharu yang dibeli selepas itu dan juga beberapa pengecualian cukai jalan.

Menurut Modi, antara faedah yang bakal diterima rakyat India hasil dari pengenalan polisi pelupusan kenderaan lama ini ialah pengurangan pencemaran udara, pengurangan kecederaan akibat kenderaan lama yang tidak selamat dan pengurangan kos penyelenggaraan kerana usia kenderaan yang terlalu tua.

Sebanyak 60 hingga 70 pusat pelupusan kenderaan akan diwujudkan di seluruh India untuk polisi End-Of-Life ini.

Malaysia pernah mengumumkan kajian cadangan untuk memperkenalkan polisi yang sama tetapi dilihat bakal menggugat keamanan politik oleh pemimpin-pemimpin.

* Laporan penuh di India Times

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Indian Autos Blog, pihak Toyota Kirloskar Motors (TKM) menjelaskan pihak…
Berita Global
Dari segi kuasa, ia didatangkan dengan enjin 155 cc sejukan cecair dengan teknologi VVA (Variable…
Berita Global
Ditawarkan dalam versi brek dram atau varian brek cakera, TVS Raider 125 didatangkan dengan enjin…