India perkenal rawatan percuma untuk mangsa kemalangan jalan raya

oleh Firdaus Razani|
Dalam tahun 2022, lebih dari 168,000 pengguna jalan raya maut di India dan 443,000 pula cedera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang tertinggi di dunia.

Antara punca kematian ialah kerana mangsa yang cedera tidak mendapat rawatan segera.

Kementerian Pengangkutan Jalan Raya dan Lebuh Raya (MoRTH) India memperkenalkan program rintis di mana mangsa kemalangan jalan raya akan ditawarkan kemudahan perubatan percuma untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Menurut perancangan itu, setiap mangsa kemalangan akan menerima rawatan dengan had 150,000 Rupee setiap seorang dan ditawarkan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.

Kenyataan rasmi dari MoRTH menyatakan semua mangsa dari apa jenis kemalangan jalan raya akan dilindungi oleh skim ini, tanpa mengira jenis kecederaan oleh apa jenis kenderaan di atas apa jenis jalan raya.

Hospital-hospital yang merawat pesakit-pesakit ini boleh menuntut kos rawatan itu dari Tabung Kemalangan Kenderaan.

 

Laporan penuh di HT Auto

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…
Berita Global
Vincente dan Fernanda, yang dikenali sebagai Vuelta Al Mundo En Moto (Around The World By Motorbike…