Percubaan seludup 360 liter petrol ke Thailand, pemandu Proton Wira ditahan

oleh SALINA JALIL|
Dua lelaki ditahan pihak berkuasa ketika mengisi petrol dalam tong, dipercayai untuk diseludup ke Thailand di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu, Tumpat semalam.


Dalam serbuan jam 3 petang itu, pihak berkuasa menemui 12 tong mengandungi petrol dalam bonet belakang Proton Wira dinaiki suspek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azanizam Affendi Juri, berkata serbuan itu dibuat selepas pasukannya membuat risikan dan mengesan kenderaan terbabit sedang mengisi petrol di stesen minyak berkenaan.

 

"Selepas ditahan, pemeriksaan menyeluruh dibuat dan berjaya mengesan sejumlah 360 liter petrol yang dibeli dan diisi dalam 12 tong di dalam bonet belakang kenderaan terbabit.

 

"Kita percaya petrol ini akan dibawa ke pangkalan haram di tebing Sungai Golok untuk dijual ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Azanizam berkata, pemeriksaan lanjut juga menemui resit belian terakhir berjumlah RM425.

 

Menurutnya, kedua lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut, manakala pemilik stesen minyak juga disiasat.

 

"Hasil operasi ini berjaya menghasilkan dua tindakan kes dan ia disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian itu berlaku di lorong pemeriksaan…
Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…