Perbezaan teknologi SOHC dan DOHC yang ramai keliru

oleh Penyumbang Rencana 2|
Enjin DOHC
Aci sesondol berkembar atau aci sesondol tunggal? Mana yang lebih baik dan mana satu akan mati ditelan zaman?


Teknologi enjin kereta telah mencapai kemajuan yang sangat hebat sejak kenderaan bermotor diperkenalkan pada tahun 1885. Bayangkan, enjin kereta pertama di dunia hanya mampu menghasilkan kurang daripada 1 kuasa kuda dan mampu bergerak lebih perlahan daripada seekor kuda. Sejak itu, pembuat kereta telah mampu menghasilkan enjin dengan kuasa melebihi 1000 kuasa kuda, hebat bukan?


Tetapi, apa yang nak dibincangkan di sini ialah satu lagi isu yang menjadi perbincangan hangat untuk peminat kereta, betulkah enjin aci sesondol berkembar (DOHC) lebih baik daripada enjin aci sesondol tunggal (SOHC)? Saya tidak mahu pergi terlalu teknikal tentang perbandingan sistem ini sebab bukan semua pembaca CARETA ni jurutera kan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kita lihat dahulu pada rekabentuk system ini.

 

Enjin DOHC mempunyai dua aci sesondol yang menggerakkan injap kemasukkan dan ekzos.

 

Enjin SOHC pula mempunyai hanya satu aci sesondol yang menggerakkan kedua-dua injap kemasukkan dan ekzos. Ini ialah asas perbezaan antara dua sistem ini.

 

Adakah perbezaan ini memberikan impak kepada prestasi enjin?

 

Jawapannya ialah ya

 

Jadi mengapakah pengeluar kereta memilih sama ada sistem SOHC atau DOHC untuk enjin keluaran mereka?

 

 

Secara hakikatnya, enjin DOHC mempunyai kelebihan yang lebih tinggi berbanding dengan enjin SOHC.

 

Oleh kerana ia mempunyai dua aci sesondol, ia sebenarnya membenarkan enjin ditala dengan lebih baik memandangkan sudut aci sesondol akan mempengaruhi pemasaan atau timing keluar masuk gas pada kepala silinder. Lebih baik pemasaan, lebih kuasa mampu dihasilkan.

 

Kelebihan enjin DOHC yang seterusnya ialah ia mampu menampung lebih banyak injap daripada enjin SOHC.

 

Benar, enjin SOHC moden kini mampu mempunyai 4 injap untuk satu silinder, tetapi itulah jumlah injap maksima yang mampu diletak pada enjin jenis SOHC.

 

Walaupun kebanyakkan enjin DOHC juga mempunyai 4 injap untuk satu silinder, enjin seperti Fiat Coupe Turbo pernah menggunakan susun atur 5 injap untuk satu silinder yang mustahil dibuat pada enjin SOHC.

 

 

Mungkin kelebihan paling berharga untuk enjin DOHC berbanding SOHC ialah dari segi penjimatan penggunaan bahanapi.

 

Oleh kerana injap-injap pada enjin jenis ini lebih mudah dikawal, ia lebih efisyen dari segi penggunaan bahanapi. Enjin DOHC juga lebih senyap oleh kerana ia mempunyai injap-injap yang dikawal secara asing untuk bahagian kemasukkan dan ekzos.

 

Tapi kenapa masih ada kereta moden yang menggunakan enjin jenis SOHC jika enjin DOHC mempunyai lebih banyak kelebihan?

 

Jawapannya terletak pada tork.

 

Enjin SOHC moden dengan 16 injap sebenarnya mampu menghasilkan tork yang lebih tinggi pada rpm yang rendah daripada enjin DOHC dengan jumlah injap yang sama.

 

Kos juga memainkan faktor yang penting di mana kos penyelenggaraan enjin jenis SOHC lebih rendah berbanding dengan enjin DOHC.

 

Walaubagaimanapun, dengan teknologi pemasaan injap berubah-ubah atau variable valve timing, enjin DOHC kini mampu menghasilkan tork pada tahap rpm yang rendah dan di masa yang sama, mampu menghasilkan kuasa yang lebih tinggi berbanding enjin jenis SOHC.

 

Kesimpulannya, sistem DOHC ialah teknologi pilihan kebanyakkan pembuat kereta berdasarkan kelebihan besarnya berbanding enjin jenis SOHC.

 

city

 

 

 

Ezmil Zulkifli     

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti enjin V6 terdahulu yang menggunakan sistem SOHC, enjin dengan kod nama J35Y8 ini…