"Ketika diarahkan berhenti, suspek cuba melanggar anggota bertugas sehingga memaksa anggota terbabit menendang tayar depan motosikalnya sehingga suspek terjatuh," katanya dalam kenyataan, semalam.
Jaw Shyong berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 28 tahun itu dalam keadaan mabuk.
Katanya, suspek mengalami luka di tangan kanan akibat terjatuh dari motosikal dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.
"Berdasarkan maklumat ahli keluarga, suspek mempunyai masalah mental namun polis menunggu laporan perubatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.