Peningkatan jualan Proton 107 peratus pada Februari, X-50 paling banyak terjual (3,002 unit)

oleh SALINA JALIL|
Pengeluar kereta nasional Proton kembali pulih pada bulan Februari dengan peningkatan jualan sebanyak 107 peratus.


Proton menjual 9,225 unit (domestik + eksport) pada bulan Februari, yang membolehkan ia menuntut semula kedudukan kedua dalam pasaran dan mengantikan kehilangan jualan dari bulan Januari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pegangan pasaran domestik Proton untuk bulan Februari dianggarkan pada 20.2 peratus manakala untuk dua bulan pertama tahun ini, pegangan pasaran terkumpul dianggarkan pada 15.9 peratus.

 

Bagi pasaran automotif secara amnya, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi tahun ini dianggarkan meningkat sebanyak 11.4 peratus berbanding dua bulan pertama 2021.

 

Semua aktiviti pengeluaran beroperasi sepenuhnya di Shah Alam dan Tanjung Malim.

 


Dengan penyambungan pengeluaran secara sepenuhnya di Shah Alam dan Tanjung Malim, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah jualan PROTON secara keseluruhan.

 

Walau bagaimanapun, model seperti Proton Saga hanya dapat menjalankan pengeluaran dan aktiviti jualan biasa selama setengah bulan, dan ini menindas potensi sepenuhnya.

 

Saga mencapai 2,951 unit pada bulan Februari, walaupun kurang daripada purata bulanan biasa, angka itu dijangka kembali ke tahap sebelumnya dalam beberapa bulan akan datang.

 

saga

 

Model lain mencapai jualan yang lebih baik berbanding dengan sasaran jualan mereka. Proton X50 dan Proton X70 menutup tirai bulan Februari dengan jualan sebanyak 3,002 dan 1,119 unit, yang membolehkan kedua-duanya mengekalkan pegangan mereka di tempat pertama dalam segmen masing-masing.

 

Proton X50 juga merupakan SUV paling laris dalam negara dan telah menarik lebih 100,000 unit tempahan dalam masa 16 bulan sahaja. Proton Exora juga kembali ke tempat pertama dalam MPV segmen C manakala terdapat peningkatan yang besar untuk Proton Iriz dan Proton Persona yang menduduki tangga keempat dan kedua dalam segmen masing-masing.

 

ruang hud Proton X-50

 

 

Walaupun jualan domestik masih menjejaki volum tahun lepas, jualan eksport semakin meningkat dan telah bertambah sebanyak 72.8 peratus pada tahun 2022. Untuk dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 323 unit pelbagai kereta Proton telah dijual dalam pasaran eksport berbanding hanya 187 unit dijual pada tahun 2021.

 

“Keupayaan syarikat untuk mengeluarkan lebih banyak kereta merupakan punca utama bagi pemulihan jualan bulan Februari. Ini hanya dapat dicapai melalui usaha bersama  daripada vendor kami dan kakitangan PROTON, untuk mengembalikan kami ke landasan yang betul. Kami yakin boleh mencapai sasaran kami untuk tahun ini.”

 

“Bagi industri automotif Malaysia, dua bulan pertama tahun ini menyaksikan permintaan kukuh yang ditunjukkan oleh pertumbuhan dalam TIV berbanding tahun 2021. Ini adalah berita baik untuk kedua-dua syarikat kereta dan komuniti vendor dan juga bukti keberkesanan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

 

roslan

 

Proton mengambil langkah menangani isu kekurangan alat ganti


“Proton menyedari isu yang dihadapi berkaitan selepas jualan dan ketersediaan alat ganti. Pelanggan kami telah menghubungi kami dan kami amat menyesali sebarang kesulitan yang berlaku. Saya ingin menegaskan bahawa kami mengambil serius setiap aduan yang diterima dan pihak pengurusan telah mengenalpasti
beberapa kekurangan dan isu operasi yang memerlukan pembaikan.”

 

“Langkah pertama adalah menangani ketersediaan alat ganti dan kami telah melaksanakan peraturan mandatori di mana semua pengedar dikehendaki memegang stok tiga bulan untuk 22 alat ganti permintaan tinggi.

 

Pusat alat ganti kami juga tertakluk kepada peraturan yang sama, dan kami berharap ini akan mengurangkan masa menunggu pelanggan. Kami juga memperkukuhkan keupayaan dan pengetahuan pengedar kami untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang kepada semua pelanggan PROTON. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan tetapi kami akan memaklumkan perkembangan kami sepanjang tahun ini,” tambah Roslan Abdullah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya Saga merupakan model terlaris dengan 4,788 unit dijual pada Januari 2023, diikuti X50…
Berita Domestik
  “Kami ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran dan mengucapkan terima kasih kepada semua…
Berita Domestik
  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, “Kami…