Perodua catat 20,299 unit angka jualan November, sasar 30,000 unit untuk Disember

oleh SALINA JALIL|
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad memohon maaf atas penghantaran yang rendah sebanyak 20,299 unit pada bulan November akibat beberapa permasalahan yang menjejaskan pengeluaran.


Untuk memperbetulkan keadaan, Perodua telah mensasarkan pendaftaran bulanan tertinggi dalam sejarahnya dengan sekurang-kurangnya 30,000 unit pendaftaran untuk bulan Disember bagi menamatkan tahun ini dengan menjual lebih 200,000 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kami ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan dan kesabaran mereka, terutamanya dalam tahun yang paling mencabar setakat ini,” kata Dato’ Zainal.

 


Beliau berkata, bagi bulan November, Perodua mencatatkan angka jualan 20,299 unit walaupun terdapat masalah bekalan di dalam ekosistem automotif tempatan.

 


Mengikut perbandingan bulanan, jualan Perodua menurun sebanyak 27.1 peratus daripada 27,858 unit yang telah didaftarkan pada Oktober 2021. (Bulan jualan tertinggi dalam sejarah Perodua setakat ini).

 


“Kami bekerjasama dengan ekosistem automotif untuk mengatasi isu-isu ini, seperti peningkatan kes Covid-19 serta kekurangan bekalan cip semikonduktor, dan dengan langkah-langkah yang telah diambil dan dilaksanakan, kami melihat Disember 2021 sebagai bulan terbaik kami,” Dato' Zainal berkata.

 

 

Mengenai Myvi baharu yang dilancarkan pada 18 November 2021, Dato’ Zainal berkata syarikat telah menerima 14,600 tempahan setakat 2 Disember 2021.


“Bulan November pendaftaran agak perlahan untuk model Myvi kerana terdapat jurang penghantaran untuk model itu kerana kami menunggu varian terbaharu dilancarkan. Malah, daripada 14,600 unit yang ditempah, 7,189 tempahan telah ditukar daripada varian sebelumnya,” jelasnya.


Secara keseluruhan, Perodua mencatatkan angka jualan sehingga 42,288 unit Myvi antara Januari dan November tahun ini.

 
Bagi angka keseluruhan jualan, Perodua mencatatkan 167,250 unit antara Januari dan November 2021, iaitu pengurangan sebanyak 14.2 peratus berbanding 194,980 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.


Mengenai prospek 2022, Dato’ Zainal berkata Perodua menyasarkan sekurang-kurangnya 240,000 jualan iaitu 40,000 unit dengan meningkat 20 peratus daripada jangkaan 200,000 unit yang didaftarkan tahun ini. 


Beliau berkata, angka 240,000 itu adalah anggaran awal dan ramalan yang lebih tepat akan dikongsi pada akhir Januari 2022.
 

 

“Kami percaya bahawa keadaan paling teruk adalah di belakang kami dari segi penutupan beroperasi kerana Covid-19, walaupun terdapat risiko lain dalam pasaran, kami meramalkan tahun 2022 sebagai tahun pemulihan.”


“Malah, berdasarkan maklumat dan ramalan semasa, kami menjangkakan sekurang-kurangnya kami boleh mencapai sasaran 240,000 pendaftaran tahun depan memandangkan pasaran stabil dan tempoh menunggu akan berkurangan dengan ketara,” kata Dato’ Zainal lagi.


Beliau meramalkan bahawa permintaan untuk kenderaan akan memuncak dalam enam bulan pertama 2022 kerana orang ramai akan mahu mendapat manfaat daripada insentif pengecualian Cukai Jualan oleh kerajaan manakala separuh kedua akan menyaksikan permintaan semakin perlahan.


“Angka pendaftaran 240,000 adalah penting kerana kami mahu mengembangkan ekosistem automotif Malaysia.”


“Dengan pertumbuhan ini, kami menjangkakan pembelian komponen auto akan kembali kepada sekitar RM6.5 bilion untuk tahun depan. Kami akan berkongsi jumlah keseluruhan bahagian komponen yang dibeli untuk tahun ini pada bulan Januari nanti,” kata Dato’ Zainal.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…