Pengusaha bas tertekan tanggung banyak hutang, mohon dana khas

oleh SALINA JALIL|
Pengusaha bas di negeri ini turut berdepan risiko gulung tikar kerana terpaksa menanggung kerugian sejak lapan bulan lalu akibat pandemik koronavirus (Covid-19).


Mereka terpaksa menanggung kerugian hampir ratusan ribu ringgit sepanjang tempoh itu kerana tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Presiden Gabungan Bas Malaysia Cawangan Melaka, Muhammad Azwan Jajendran Abdullah, 53, berkata, pihaknya akur penularan Covid-19 yang menyebabkan banyak sektor ekonomi terkesan, namun berharap ada bantuan dan inisiatif kepada mereka seperti sektor lain.
 

Ada pengusaha terpaksa menjual kenderaan mereka tetapi tiada sambutan daripada pembeli dan ada majikan terpaksa menjadi pemandu bas supaya dapat menyara keluarga.

 

"Ada yang sanggup menoreh getah, tidak kurang juga terpaksa berhutang untuk membayar insurans dan pembiayaan bulanan yang tertunggak," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Hilir, Melaka semalam.

 

Sementara itu, Mohd Farid Eshak, 34, berkata, walaupun Program Subsidi Upah (PSU) banyak membantu pengusaha bas sepertinya bagi menggaji pekerja sebanyak RM600 sebulan namun masih terpaksa menanggung bebanan kewangan yang begitu tinggi.

 

Menurutnya, situasi itu mengakibatkan pengusaha terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak dengan pelbagai kos.

 

Terdahulu, sebanyak lima laporan polis dibuat gabungan terbabit yang mewakili kira-kira 150 pengusaha perkhidmatan bas terhadap lima kementerian yang didakwa tidak memperuntukkan dana khas bagi membantu golongan terbabit.
 

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Setiausaha Sekretariat Gabungan Bas Malaysia (SGBM), R Thiagarajan, berkata semua pengusaha bas…
Informasi
  Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohamad Nuhairi Wan Hamat, berkata pengusaha bas…