Tesla memanggil sistem itu sebagai Autopilot atau "full self-driving" dan ini menyebabkan ramai yang menagdu kerana kes-kes kemalangan diakibatkan sistem itu dan juga yang terkini, video-video di mana Tesla dipandu tanpa ada sesiapa di tempat duduk pemandu.
Fungsi seperti penukaran laluan dan bantuan parkir diletakkan di bawah perisian Full-Self Driving (FSD).
Walaupun Tesla berkata FSD bukan sebuah fungsi yang menjadikan kenderaan itu sebuah kenderaan berautonomi (panduan sendiri), CEO syarikat Elon Musk pula sering menggunakan terma FSD di dalam Twitter beliau yang mempunyai 50 juta pengikut.
Ini menyebabkan banyak persatuan pengguna dan juga pakar-pakar mengecam Tesla dan Elon kerana memberikan gambaran yang salah kepada pemilik kenderaan Tesla.
Seperti biasa, Tesla tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen berkaitan isu tersebut. Tesla juga sebenarnya tidak lagi mempunyai unit perhubungan awam yang sepatutnya melayan soalan dan pertanyaan dari media.
Tesla ialah sebuah syarikat kenderaan elektrik (EV) yang paling berjaya dan antara sebabnya ialah mereka berjaya menarik perhatian pengguna-pengguna yang berminat di dalam teknologi untuk membelinya.
Jika anda peminat sitcom Big Bang Theory, bayangkan jika Dr. Sheldon Cooper, raja segala "nerd" mendapat kuasa muktamad untuk mengawal dunia.
Itu yang terjadi kepada Elon Musk dan beliau mempunyai 50 juta pengikut setia yang mengganggap Elon sebagai Ayah Pin bagi kerajaan langit mereka.
* Sumber dari Market Watch