Penggunaan bahan api bertapis negara dijangka menurun

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggunaan bahan api bertapis (refined fuel) Malaysia dijangka akan mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dalam masa 10 tahun akan datang, pada purata 1.5 per sen dari 2023 sehingga 2032.

Menurut laporan akhbar The Star, BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions percaya walaupun ekonomi yang semakin pulih dan pemberian subsidi bahan api sekarang akan meningkatkan penggunaan bahan api domestik, tetapi permintaan bahan api akan menurun kerana tekanan dari harga pasaran global minyak yang tinggi dan inisiatif peralihan tenaga.

Laporan BMI mengenai peralihan tenaga Malaysia berkata Malaysia subsidi bahan api yang menelan belanja yang terlalu tinggi sudah menjadi isu kritikal kerana ia memberi tekanan kepada kerajaan bagi mencari dana untuk perbelanjaan tersebut.

Walaupun kerajaan Malaysia masih belum berkongsi cara subsidi bahan api terkini, namun begitu BMI percaya tindakan drastik seperti pengurangan subsidi untuk golongan berpendapatan tinggi bakal menjejas permintaan bahan api.

BMI percaya subsidi bahan api akan terus dikekalkan untuk pengangkutan awam bagi menurunkan kos pengangkutan.

Untuk laporan lanjut, terus ke pautan di bawah.

Malaysia's refined fuel consumption growth set to slow down over next decade - BMI

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Barisan kenderaan termasuk motosikal dan kereta dilaporkan beratur panjang dengan masa menunggu…
Berita Domestik
Ketika ditahan, pihak berkuasa menemukan 250 liter petrol subsidi dalam dua tangki minyak yang…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis menerima satu laporan polis berhubung kehilangan bahan…