Shell lancar kempen 'Memori Indah Bersama, Bonus Berganda'

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia dan BonusLink baru-baru ini telah melancarkan kempen baharu 'Memori Indah Bersama, Bonus Berganda' bertujuan untuk menjadikan pengalaman pelanggan yang lebih bermakna ketika menghabiskan masa di Shell.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kempen yang berlangsung selama enam minggu bermula dari 17 Ogos sehingga 27 September 2020 ini membolehkan para pelanggan mendapatkan barangan berupa aiskrim Cornetto Vanilla atau Chocolate, atau pek UHT MILO 200 ml dengan setiap pembelian minimum RM40 serta menggunakan kad BonusLink di Shell.

Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "kami mahu menghargai para pelanggan kami dengan menjadikan rutin normal mengisi bahan api diisi dengan kegembiraan.

"Kami berharap agar kempen ini dapat memberikan kenangan yang manis kepada mereka yang hadir ke stesen Shell bagi memenuhi setiap keperluan.

Untuk menebus ganjaran yang ditawarkan, para pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM40, serta menggunakan BonusLink (aplikasi atau kad fizikal).

Sebuah e-baucer akan dihantar menerusi aplikasi BonusLink atau SMS dalam masa lima hari bekerja selepas tarikh pembelian.

Tambahan pula, setiap ahli BonusLink berpeluang untuk menebus sehingga tiga ganjaran sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Untuk menyemak mata ganjaran BonusLink serta tawaran menarik daripada rakan BonusLink, pelanggan diminta untuk memuat turun aplikasi BonusLink menerusi Apple Store atau Goole Play Store.

Maklumat lanjut berkenaan kempen baharu ini boleh dirujuk menerusi www.shell.com.my

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Dengan pengalaman lebih seabad dalam inovasi bahan api, formulasi terkini Shell V-Power Racing…
Berita Domestik
Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean, menyatakan bahawa Shell telah bersedia…
Berita Domestik
Hari ini, syarikat minyak global Shell menjawab perkara tersebut dengan berkata bahawa ia kekal "…