Pengguna Amerika kekal setia dengan pikap - harga naik tetap popular

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila bercakap mengenai pasaran automotif Amerika Syarikat, segmen manakah yang terlintas di fikiran? Kereta muscle, SUV atau trak pikap?

Dalam tiga segmen tersebut, trak pikap paling digemari pengguna di AS seperti yang dianalisa oleh JATO Dynamics.

Sejak dari model tahun 2010 sehingga September 2019, angka jualan kenderaan baharu di AS menunjukkan pembelian trak pikap mencecah 14.6 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah pegangan pasaran pikap di peringkat dunia hanya 3.7 peratus dalam tempoh sama.

Dalam tempoh itu, Ford F-150 adalah kenderaan paling laris di AS dengan jualan yang melebihi angka 5.2 juta unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford F-150 Raptor

 

Ini adalah pencapaian hebat dan jika F-150 adalah sebuah jenama berasingan, kedudukannya adalah di tempat kesembilan iaitu di antara Kia dan Subaru yang masing-masing dengan jualan sebanyak 5.4 juta dan 4.9 juta unit.

Satu fakta menarik ialah walaupun pikap mempunyai pembeli yang ramai di AS (model tahun 2010 - 2019), pegangan pasaran di Kanada lebih besar iaitu sebanyak 18.2 peratus.

Pengguna AS sememangnya setia dengan pikap dalam tempoh sedekad ini walaupun harganya semakin mahal dan lebih mewah.

Harga purata yang disyorkan (MSRP) untuk model 2019 ialah USD$44,039 iaitu peningkatan 35.1 peratus berbanding tahun 2010. 

Peningkatan itu sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding SUV dengan peningkatan harga purata sebanyak 16.4 peratus.

JATO

Satu lagi perubahan ialah pemilihan sistem audio berjenama seperti Bose, Sony dan Harman/Kardon.

Populariti sistem audio berjenama telah meningkat dengan ketara di mana 18 peratus pikap tahun 2019 mempunyainya sebagai kelengkapan standard. Ini permintaan yang tinggi berbanding 5.1 peratus pada pikap tahun 2010.

Selain itu, kerusi dengan balutan kulit sebagai kelengkapan standard juga dipasang pada 27.3 peratus pikap tahun 2019 berbanding 17.9 peratus pada tahun 2010.

Di sebalik peningkatan itu, ada pengurangan dari tempoh 2010 hingga 2019. Purata sesaran enjin 5.0 liter turun kepada 4.9 liter dan purata penggunaan minyak dari 16.1L/100 km menyusut kepada 13.2L/100 km. Kapasiti muatan pula meningkat dari 827 kg kepada 992 kg.

JATO

Tahun 2019 juga menyaksikan penawaran pikap paling mahal di AS iaitu Ford F-350 Limited 4x4 Crew Cab 8' Box DRW.

Pikap ini dilengkapi pelbagai perkakasan premium seperti kerusi kulit camelback dengan fungsi urut, audio premium Bang & Olufsen, kamera 180/360 dan enjin mega V8 6,700 cc! Harganya mencecah USD83,090 atau RM344,200.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Angka terendah sejak tahun 1985 Jualan tahun 2021 adalah yang terendah sejak tahun 1985 dengan …