Golf dan Volkswagen 'raja kereta' di Eropah, Toyota tempat ketiga

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Golf
Volkswagen Golf
Tahun 2021 telah melabuhkan tirai dan menarik untuk diperhatikan perkembangan industri automotif pada ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

JATO Dynamics, syarikat pembekal data industri automotif dan beroperasi sejak tahun 1984 telah mengeluarkan angka jualan tahun 2021 di Eropah (EU-25, UK, Norway dan Switzerland).

Bagaimana prestasi jualan di sana? Model mana paling laris?

Secara amnya, tahun 2021 adalah tempoh yang mencabar buat industri automotif Eropah.

Data yang dikumpul JATO menunjukkan penurunan prestasi dan walaupun begitu muncul peneraju baharu di dalam industri.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Angka terendah sejak tahun 1985

JATO 2021

Jualan tahun 2021 adalah yang terendah sejak tahun 1985 dengan pendaftaran kenderaan baharu berjumlah 11.75 juta unit.

Walaupun terendah, angka itu 1.6 peratus berkurang berbanding 11.95 juta unit yang dicatatkan pada tahun 2020.

Menurut Penganalisa Global Jato Dynamics, Felipe Munoz, kekurangan semikonduktor telah mencacatkan lagi industri berbanding kawalan pergerakan pada tahun 2020.

JATO 2021

Gelombang kedua krisis bermula pada Julai 2021 apabila angka jualan jatuh sebanyak dua angka berbanding tahun 2020.

Pada Disember 2021, pendaftaran kenderaan baharu adalah sebanyak 949,252 atau 22 peratus penurunan berbanding bulan sama tahun 2020.

Angka itu juga 25 peratus lebih rendah berbanding Disember 2019 sebelum pandemik melanda pasaran.

Di antara negara yang mengalami penyusutan besar ialah Jerman, Austria, Belgium dan Belanda.

Industri mengalami penurunan, EV pula meningkat!

 

Volvo

 

Di sebalik cabaran yang dihadapi ada satu perkembangan menarik apabila jualan kenderaan elektrik dan plug-in hybrid mencatatkan peningkatan.

Pada tahun 2021, jualan segmen tersebut berjumlah 2.25 juta unit dan menguasai 19 peratus pegangan pasaran.

Hyundai-Kia dan Toyota berjaya tambah pegangan pasaran

Hyundai-Kia berjaya menambah pegangan pasaran di Eropah hasil daripada penawaran SUV dan EV.

Penguasaan jenama Korea Selatan itu meningkat dari 6.7 peratus pada tahun 2019 kepada 8.6 peratus pada tahun 2021.

 

Hyundai Tucson

 

Prestasi Toyota juga meningkat sebanyak 1.4 peratus pada tahun 2021 hasil sumbangan Yaris yang berada di kedudukan sepuluh terbaik di 14 buah negara.

Selain tiga jenama tersebut, pengeluar lain seperti Tesla, Kumpulan BMW dan Kumpulan Volkswagen turut mencatatkan peningkatan dalam tempoh dua tahun lalu.

 

Toyota Yaris

 

Dari segi kedudukan, Kumpulan Volkswagen berada di tempat pertama dengan 1,273,892 unit, Peugeot di tempat kedua berjumlah 727,973 unit disusuli Toyota sebanyak 706,056 unit.

SUV terus digemari

 

PEUGEOT 2008

 

Pelanggan di Eropah terus menunjukkan minat mereka terhadap SUV dengan pendaftaran baharu tahun 2021 meningkat 11 peratus kepada 5.34 juta unit.

Pegangan pasaran juga meningkat dari 38.2 peratus pada tahun 2019 kepada 40.3 peratus pada tahun 2020 dan bertambah kepada 45.5 peratus pada tahun lalu.

Ini adalah peratusan terbesar untuk SUV di Eropah dan semakin menghampiri 52.3 peratus pegangan di Amerika Syarikat.

Kumpulan Volkswagen menerajui segmen SUV di Eropah dan diikuti Stellantis.

Dari segi kedudukan, SUV paling laris ialah Peugeot 2008 dengan jualan sebanyak 194,653 disusuli Volkswagen T-Roc berjumlah 186,644 unit.

Volkswagen Golf paling laku

 

Volkswagen Golf R

 

Volkswagen Golf mencatatkan jualan sebanyak 205,408 unit dan diikuti rapat Peugeot 208 dengan jumlah 196,869 unit pada tahun lalu.

Jualan itu bagaimanapun turun 28 peratus pada tahun 2020 dan 50 peratus berbanding tahun 2019.

Golf sebenarnya menerajui pasaran Eropah sejak tahun 2008 lagi namun populariti SUV kecil dan kompak selain saingan dalaman telah menjejaskan prestasi model tersebut.

JATO Dynamics memaklumkan populariti Golf juga terjejas tanpa penawaran model elektrifikasi. Volkswagen sebenarnya sudah bersedia dan ID.3 adalah BEV ketiga terlaris di Eropah pada tahun 2021.

 

Volkswagen ID.3

 

Berikut adalah senarai sepuluh pengeluar terlaris di Eropah pada tahun 2021:

  1. Volkswagen, 1,273,892 unit
  2. Peugeot, 727,973 unit
  3. Toyota, 706,056 unit
  4. BMW, 681,252 unit
  5. Renault, 676,651 unit
  6. Mercedes, 640,385 unit
  7. Audi, 596,260 unit
  8. Skoda, 585,361 unit
  9. Ford, 553,658 unit
  10. Hyundai, 510,810 unit

 

Peugeot 208

 

Berikut pula senarai sepuluh model terlaris di Eropah pada tahun 2021:

  1. Volkswagen Golf, 205,408 unit
  2. Peugeot 208, 196,869 unit
  3. Dacia Sandero, 196,792 unit
  4. Renault Clio, 196,243 unit
  5. Peugeot 2008, 194,653 unit
  6. Volkswagen T-Roc, 186,644 unit
  7. Toyota Yaris, 182,590 unit
  8. Opel/Vauxhall Corsa, 180,643 unit
  9. Fiat/Abarth 500, 174,739 unit
  10. Citroen C3, 159,302 unit

 

Dacia Sandero

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ini adalah pencapaian hebat dan jika F-150 adalah sebuah jenama berasingan, kedudukannya adalah…
Berita Global
JATO - Jualan mengikut jenama dan model   Di sebalik penurunan jualan pada tahun ini,…
Berita Global
Data jualan bulan Februari di Eropah kini menunjukkan kebangkitan permintaan terhadap sedan…