Pengganti Aventador akan hadir dengan enjin V12 aspirasi natural, bantuan hibrid!

oleh Mohamad Hanif|
Trend automotif kini mula menunjukkan kecenderungan terhadap trenkuasa elektrik, dan ada di antara pengeluar automotif sudah pun mula menunjukkan tanda untuk menghentikan pengeluaran enjin-enjin yang besar dan lebih banyak silinder untuk digantikan dengan enjin yang lebih kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, Bentley juga dalam satu kenyataan akan menghentikan pengeluaran nadi W12 bagi memberikan laluan kepada model-model elektrik sepenuh masa.

Namun berita ini tidak tertakluk kepada Lamborghini di mana Lembu Itali itu mengesahkan mereka akan meneruskan penawaran enjin bentangan V12 pada model pengganti Aventador.

Menurut ketua pegawai teknikal Maurizio Reggiani berkata, layout enjin V12 telah menjadi sebahagian daripada sejarah Lamborghini sejak dari awal, dan ia adalah kritikal dalam menyumbang kepada karakter sesebuah jentera Lamborghini.

 


"V12 telah menjadi sebahagian daripada Lamborghini, di mana visi dan strategi kami adalah untuk meneruskan penghasilan V12 yang akan digandingkan dengan sistem bantuan hibrid motor elektrik.

Tambah beliau lagi, selain daripada V12, aspirasi natural juga adalah aspek yang amat penting dalam mengekalkan karakteristik sesebuah Lamborghini.

"Saya masih ingat ketika bekerja di Modena, mereka memberitahu enjin aspirasi natural adalah bukti kejuruteraan yang sangat baik.

"Disebabkan tiada bantuan, enjin perlu berupaya menghirup sebanyak mungkin udara, dan kemudian mencampurkan bahan bakar untuk menjana kuasa yang diperlukan. Jika enjin mempunyai 'mesin' untuk memaksa udara masuk, ia akan menimbulkan lebih persoalan - berapa kukuh struktur enjin dan sebanyak mana tekanan yang ia mampu bertahan.

Tatkala bantuan elektrikal adalah amat diperlukan bagi memenuhi peraturan emisi yang semakin ketat, Reggiani juga menyatakan ia bakal mempunyai manfaat yang berbeza, terutama bagi mengatasi kelemahan utama enjin NA - daya kilas yang lemah.

 


Reggiani juga turut memberikan petunjuk model pengganti Aventador berkemungkinan besar menggunakan sistem yang sama digunakan pada Ferrari SF90 - gabungan antara enjin di belakang dan motor elektrik untuk gandar hadapan.

Disebabkan Bentley sudah pun menyerah kalah awal, maka Lamborghini kini menjadi jenama automotif terakhir di dalam kumpulan Volkswagen yang masih lagi setia dengan nadi V12.

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…