Pengerusi kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda meninggal dunia

oleh Mohamad Hanif|
Pengerusi kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda yang berjaya mengubah syarikat itu menjadi jenama global terkemuka meninggal dunia pada usia 97 tahun akibat kegagalan jantung, Selasa lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyoda yang merupakan anak kepada pengasas Toyota Motor Corp dan bapa kepada Akio Toyoda menyertai Toyota pada tahun 1952, memfokuskan pengalamannya dalam bidang teknologii dan kawalan kualiti.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Toyoda telah memegang pelbagai jawatan penting termasuklah pengarah urusan (1961), pengarah urusan kanan (1967), naib presiden eksekutif (1972) sebelum dilantik sebagai presiden Toyota Motor Corporation pada tahun 1982.

Setelah itu, Toyota memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga pengarah bermula 1992 hingga 1999, dan setelah sedekad beliau akhirnya meletakkan jawatan sebagai pengerusi kehormat gergasi automotif itu pada tahun 2009.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kurang sebulan selepas anaknya Akio Toyoda mengumumkan peletakan jawatan presiden dan kemudian menjadi pengerusi Toyota.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang perkhidmatannya, Toyoda telah memegang pelbagai jawatan penting termasuklah pengarah…