Shoichiro Toyoda - Fakta penting yang anda perlu tahu mengenai "Mr. Motor"

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada Selasa lalu, dunia automotif sekali lagi dikejutkan dengan pemergian satu lagi nama besar, iaitu pengerusi kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda yang meninggal dunia pada usia 97 tahun akibat kegagalan jantung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang perkhidmatannya, Toyoda telah memegang pelbagai jawatan penting termasuklah pengarah urusan (1961), pengarah urusan kanan (1967), naib presiden eksekutif (1972) sebelum dilantik sebagai presiden Toyota Motor Corporation pada tahun 1982.

 

2

 

Setelah itu, Toyoda memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga pengarah bermula 1992 hingga 1999, dan setelah sedekad beliau akhirnya meletakkan jawatan sebagai pengerusi kehormat gergasi automotif itu pada tahun 2009.

Susah tentu pemergiannya telah menyebabkan dunia automotif kehilangan satu lagi permata, dan beliau tentu sekali telah meninggalkan legasi yang berharga dalam dunia automotif.

 

2

Shoichiro Toyoda merupakan cucu kepada pengasas Toyoda Automatic Loom Works, Sakichi Toyoda dan anak kepada pengasas Toyota Motor Corp, Kiichiro Toyoda, serta bapa kepada Akio Toyoda.

Beliau juga dikenali sebagai "Mr. Motor" kerana sumbangannya kepada industri sebagai CEO dan pengerusi Toyota Motor Corp.

 

6

 

Berikut merupakan antara fakta yang anda perlu tahu mengenai sumbangan Shoichiro Toyoda dalam industri automotif:

1) Meluaskan capaian global Toyota

Di bawah kepimpinannya, Toyota mengembangkan kemudahan pengeluaran dan rangkaian jualannya di seluruh dunia, dengan tumpuan khusus kepada Amerika Syarikat, yang kini merupakan salah satu pasaran terpenting Toyota.

2) Pelancaran dan pembangunan jenama mewah Lexus

 

3

 

Lexus, yang ditubuhkan pada 1989 (lebih tepat pada 1983 sebagai Toyota Project F1, Flagship One) sebagai jenama kereta Jepun milik Toyota, bertujuan untuk bersaing dalam segmen premium.

Pengenalan Lexus merupakan titik perubahan penting bagi Toyota, membolehkan syarikat itu bersaing dengan jenama kereta premium lain di pasaran global.

3) Promosi kenderaan mesra alam 

 

4

 

Shoichiro Toyoda ialah penyokong kuat pembangunan kenderaan mesra alam, dan Toyota ialah salah satu pengeluar kereta pertama yang memperkenalkan kenderaan hibrid, dimana teknologi hibrid Toyota kini digunakan secara meluas di seluruh industri.

Jadi Toyoda boleh dianggap sebagai bapa kepada kepada teknologi hibrid, dan Toyota Prius hibrid merupakan hasil yang menjadi model kereta penumpang hibrid pertama yang popular.

4) Menggalakkan pemerkasaan pekerja 

Shoichiro Toyoda percaya akan kepentingan memperkasakan pekerja dan mempromosikan budaya korporat yang positif, dimana beliau menggalakkan kerja berpasukan, komunikasi dan tumpuan kepada kepuasan pelanggan.

 

4

 

Selain sumbangan dan jasa, berikut merupakan beberapa quote atau petikan Shoichiro Toyoda yang terkenal dengan kepimpinannya yang inovatif dan wawasannya dalam industri automotif:

  • Perkara yang paling penting dalam pengurusan adalah untuk mempunyai pandangan jangka panjang, untuk memikirkan di mana syarikat akan berada dalam masa 10 atau 20 tahun, dan bukannya terperangkap dalam kehidupan seharian.
  • Sebuah syarikat ibarat sebuah kereta. Ia tidak akan ke mana-mana jika enjin tidak hidup.
  • Toyota bukan teknologi. Toyota ialah orang yang bekerja di sini.
  • Dalam perniagaan kami, membuat kereta bukanlah perkara yang paling penting. Membahagiakan pelanggan adalah perkara yang paling penting.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyoda yang merupakan anak kepada pengasas Toyota Motor Corp dan bapa kepada Akio Toyoda menyertai…