Pengedar tamak naikkan harga GR Corolla, caj RM132 ribu melebihi harga asal

oleh Danial Yasin Suhaimi|

GR Corolla sememangnya salah satu hot hatch dari Toyota yang menjadi kegilaan dan mempunyai peminat tersendiri di seluruh dunia selepas GR Yaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas pelancaran rasminya di beberapa negara termasuk US, GR Corolla telah mendapat permintaan dan sambutan yang menggalakkan, sama seperti GR Yaris

 

1

 

Perkara itu tidak menghairankan apabila Toyota menawarkan sebuah hot hatch dengan pakej lengkap bagi mereka yang ingin menikmati pemanduan menyeronokkan.

Namun, semua kelebihan dan sambutan yang diterima GR Corolla telah menyebabkan beberapa pengedar Toyota di US mengambil kesempatan terhadap jualan model tersebut dengan menaikkan harga sehingga USD30 ribu (RM132 ribu) dari harga yang ditetapkan.

 

morizo

 

Untuk pasaran US, Toyota telah menetapkan harga jualan GR Corolla bermula dari USD36,995 (RM162,963) untuk model asas, USD42,900 (RM188,975) untuk versi Circuit Edition dan USD49,900 (RM219,810) untuk versi Morizo Edition.

Menurut laporan dari Carscoops, mereka mengesan tiga pengedar yang telah menaikkan harga lebih tinggi dari ditetapkan hingga ada jumlah kenaikkan membolehkan anda membeli sebuah lagi unit baharu.

Pengedar pertama ialah Lone Star Toyota terletak di Lewisville, menurut seorang pengguna Markups.org, pengedar tersebut telah menghantar sehelai resit yang menunjukkan sebut harga bagi sebuah GR Corolla asas dengan jumlah USD59,993 (RM264,269).

Dalam resit tersebut, pengedar telah menaikkan harga sehingga USD15,000 (RM66,075) dan turut meletakkan caj tambahan USD1,995 (RM8,788) untuk "Lone Star Appearance Package”.

 

1

 

Pengedar kedua yang dikesan ialah Roseville Toyota dimana mereka telah meletakkan caj untuk pengedar sehingga USD19,995 (RM88,078).

Pengedar ketiga yang dikesan ialah North Park Toyota terletak di San Antonio, pengedar tersebut telah menaikkan harga sehingga 73.9 % iaitu USD30,000 (RM132 ribu) lebih banyak dari harga ditetapkan untuk model asas GR Corolla menjadikan jumlahnya kepada USD70,576 (RM310,887).

 

2

 

Budaya menaikkan atau 'mark up' harga melebihi dari yang ditetapkan ini bukanlah suatu perkara asing dalam pasaran sama ada luar dan dalam negara.

Sebagai pembeli, kita harus bijak memilih dan tidak menyokong pengedar atau penjual dari meletakkan caj pada yang harga tidak masuk akal.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan Motor1, Toyota Amerika telah berjaya menjual sebanyak 5,567 unit GR…
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…