Pengedar pertama Audi, Euromobil sambut ulangtahun ke-20

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru- baru ini pada 17 Disember pada sebuah acara bertempat di Audi Centre Glenmarie, Pengedar sah kereta Audi paling lama di Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil) telah meraikan ulangtahun mereka yang ke-20.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara yang bertemakan Qatar FIFA World Cup 2022 itu telah dihadiri oleh lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada pemilik korporat dan individu kereta Audi.

 

A3

 

Sebagai tanda terima kasih bagi menghargai pelanggan setia Euromobil, syarikat itu telah menawarkan hadiah cabutan bertuah unik bertemakan bola sepak untuk pelanggan yang telah berbelanja lebih daripada RM5,000 bagi pembaikan atau perkhidmatan selepas jualan.

Ketua Pegawai Operasi Euromobil, Shamsul Haq Md Noh berkata, "Dengan kedudukan yang begitu cemerlang di negara ini, Euromobil akan berusaha untuk terus berkhidmat cemerlang kepada pelanggan sedia ada dan juga bakal pelanggan dengan layanan terbaik, sama ada dalam aspek jualan atau perkhidmatan selepas jualan."

 

euromobil

 

Euromobil turut menawarkan beberapa insentif menarik untuk bakal pembeli Audi, antaranya ialah semua pemilik baharu yang mendaftar antara 1 Oktober 2022 dan 31 Disember 2022 akan menyertai satu lagi cabutan bertuah untuk memenangi tiga unit iPhone 14.

Antara aktiviti yang diadakan bertemakan bola sepak pada acara tersebut ialah Radar Speed Cage, Reaction Test dan perlawanan permainan video FIFA2023 di konsol Playstation 5.

 

kapten

 

Selain itu, acara tersebut turut menampilkan Kapten Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Wanita Malaysia, Steffi Sarge.

Pada masa yang sama, Euromobil turut mengiktiraf 9 pekerjanya yang telah berkhidmat semenjak tahun 2009, dimana mereka telah menerima hadiah berupa kepingan emas 5g dan cenderahati korporat, serta sijil perkhidmatan panjang.

 

Q8

 

Tarikan utama acara tersebut merupakan sebuah Audi Q8 Sportback S Line 3.0 TFSI Quattro yang berharga RMRM867,422 dan merupakan satu-satunya unit di Malaysia.

Tetamu yang hadir turut diberi peluang untuk memandu uji Audi A5 Sportback, SUV Q3 dan Q3 Sportback.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…