Pengecualian cukai jualan di bawah PENJANA tidak diteruskan untuk tahun 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Insentif pengecualian cukai jualan bagi kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tidak akan diteruskan untuk tahun 2021.

Menurut sumber Careta, permohonan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai tersebut tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Ini bermakna, bermula 1 Januari 2021, kenderaan baharu tidak kira CKD atau CBU akan tertakluk semula kepada cukai jualan (SST) seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Tambah sumber Careta itu lagi, kenderaan baharu perlu tiba di pusat pengedar sebelum 31 Disember 2020 dan perlu segera didaftarkan sebelum 31 Januari 2021 untuk menikmati pengecualian tersebut.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Sebagai langkah berterusan menyokong penggunaan EV, kerajaan bercadang untuk memberi insentif…
Berita Domestik
  "Kami memohon lanjutan pengecualian cukai import dan eksais sepenuhnya bagi unit siap dibina (…
Berita Domestik
  "MAA juga telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan…