Pengasas Saleen dakwa China curi harta intelek bernilai RM3.35 billion!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pendedahan mengejut menerusi Wall Street Journal, pengasas jenama Saleen, Steve Saleen mendakwa China telah mencuri harta intelek bernilai 40 tahun ketika pelancaran jenama tersebut di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun 2016, Saleen telah menyertai usaha sama dengan kerajaan Rugao, sebuah bandar yang terletak di wilayah Jiangsu.

Di dalam usaha sama tersebut, Saleen akan menggunakan pengalaman, rekaan, kejuruteraan dan teknologi berkaitan bernilai $800 juta (RM3.35 billion) dan dalam masa yang sama mengekalkan pegangan majoriti di dalam syarikat dengan rakannya dari Amerika.

Sementara itu, Rugao pula menawarkan modal bernilai $500 juta dan subsidi pinjaman bernilai $600 juta selama tiga tahun bagi membiayai operasi pembuatan sebagai tukar ganti kepada pegangan minoriti yang diperoleh.

Namun, Saleen dalam artikelnya menyebut "perjanjian tersebut adalah satu penipuan, di mana namanya tidak tersenarai sebagai pelabur di dalam 510 paten yang didaftarkan berdasarkan rekaan, teknologi, rahsia perdagangan dan pembangunan kejuruteraan.

 


Saleen menegaskan bahawa pemerintaan Rugao kini sedang berusaha untuk mengambil alih syarikat usahasama (Jiangsu Saleen Automotive Technologies).

Beliau turut mendakwa China telah melakukan ketidakadilan kepada beberapa individu di dalam syarikat JSAT, termasuklah Grace Yin Xu, pengarah urusan korporat yang dilaporkan hilang sejak 22 Jun akibat enggan berkompromi dengan kerajaan Rugao serta Frank Sterzer (naib presiden pembuatan) yang ditahan oleh pihak berkuasa selama enam jam.

Di dalam tulisannya, Saleen memetik sebuah tinjauan tahun 2019 yang menyebut kira-kira 20 peratus syarikat korporat Amerika Utara mendakwa China telah mencuri harta intelek mereka pada tahun tersebut.

Beliau menambah, sebarang perjanjian perdagangan antara US-China haruslah memasukkan perlindungan terhadap syarikat dan rakyat Amerika Syarikat.

Sumber: Wall Street Journal

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ya, kini orang ramai berpeluang untuk membeli Ford Mustang 2002 yang merupakan salah satu…
Informasi
Selebriti-selebriti hiburan muncul seperti cendawan selepas hujan dan hanya segelintir sahaja yang…