MUSTANG SALEEN 2002 ‘2 FAST 2 FURIOUS’ BAKAL DILELONG

oleh Firdaus Razani|
JIKA anda pernah saksikan satu babak di filem “2 Fast 2 Furious” , ada satu adegan dari filem tersebut di mana sebuah Mustang merah diseret dan dihancurkan di bawah satu roda lori treler.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
saleen

 

Ya, kini orang ramai berpeluang untuk membeli Ford Mustang 2002 yang merupakan salah satu daripada lima yang digunakan dalam penggambaran "2 Fast 2 Furious.

Walaupun ia bukan semuanya asli, tetapi kerja pembaikan pada Mustang telah disiapkan oleh Mason's Hotrods and Hobbies di Spartanburg, Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

 

saleen

 

Jarak perjalanan yang tertera pada odometer kereta tersebut hanya 941KM sahaja.

Mustang itu dikemas dalam warna yang dipanggil Liz-Stick-Red, model ini dilengkapi dengan pelbagai pengubahsuaian Saleen S281 dan termasuk hud gentian karbon, ekzos tengah dan bampar belakang berjenama, untuk mendapat prestasi yang terbaik.

 

saleen

 

Ia turut dikuasakan dengan enjin 4.6 liter V8, yang di atasnya dengan plat "2F2F" dan dikuasakan dengan roda belakang (RWD) melalui transmisi automatik.

 

saleen

 

Ia juga turut mendapat pelbagai mod prestasi daripada Saleen, termasuk sistem brek serta sistem gantungan yang telah dinaiktaraf dan tempat duduk khas dari Saleen.

 

saleen

 

Menjadi salah satu daripada 120 kereta yang digunakan dalam penggambaran "2 Fast 2 Furious, Ia disertakan dengan salinan tajuk yang dikeluarkan kepada FF2 Productions, dan ditawarkan untuk dijual di lelongan Kissimmee 2024 Mecum.

Anggaran harga yang bakal dijual adalah antara $60,000 dan $90,000 (RM278,000 - RM414,000).

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…
Berita Global
Namun disebabkan peraturan emisi yang lebih ketat, para peminat Mustang di Eropah terpaksa menerima…
Berita Global
Kereta itu dipercayai berada di De Soto, Missouri, Amerika Syarikat setelah disenaraikan di…