PENDUDUK LADANG BIKAM GEMBIRA MUDAHKAN PERJALANAN PULANG PERANTAU

oleh Firdaus Razani|
Lee Weng Foong tidak menyangka tindakan menghulurkan bantuan kepada pengembara Melayu yang terkandas yang pulang ke Kuala Lumpur selepas perayaan Hari Raya menarik perhatian ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lee adalah sebahagian daripada sekumpulan penduduk di Kampung Baru Pelawan dekat Langkap, Perak, yang membantu membaiki jalan tanah agar mudah dilalui kereta yang pulang ke bandar itu Sabtu lalu.

“Kami sangat gembira dapat membantu semua orang.

“Saya terkejut apabila video kami menjadi viral dan terharu menerima pujian apabila membaca komen positif netizen yang menghargai usaha kami.

“Terima kasih atas penghargaan, kami hanya membantu setakat yang termampu.

"Kami cuma mahu mereka semua pulang dengan selamat. Itu yang paling penting," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa (16 April).

Lee, 52, berkata, dia tidak menyangka perbuatan kecil kampungnya itu mendapat perhatian di media sosial.

Rakan penduduk, Chung Kok Keong, 53, berkata, jalan ladang kelapa sawit itu menjadi jalan alternatif mengelak kesesakan sejak beberapa tahun lalu.

Tambahnya, kampungnya terletak di antara jalan utama yang menghubungkan Chui Chak ke Bidor dan Kuala Bikam.

“Jadi jalan ladang sepanjang 3km ini menjadi jalan pintas kepada pengguna jalan raya yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas setiap kali musim perayaan.

“Pelik malam itu apabila banyak kenderaan berpatah balik.

“Kami memberhentikan sebuah kereta dan kemudian mendapati jalan itu rosak dan tidak boleh digunakan,” katanya.

Chung berkata, dia bersama beberapa penduduk lain bersetuju membantu meratakan jalan bagi memudahkan kereta berkenaan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Kami menghubungi rakan yang mempunyai jengkaut dan sudi membantu meratakan jalan supaya kenderaan dapat melalui jalan tersebut.

“Kami hanya terfikir untuk membantu mereka kerana kami tahu kerja-kerja meratakan jalan akan mengambil masa yang singkat.

“Kami mengambil masa kurang 10 minit dan malam itu berpuluh-puluh kereta dapat melalui laluan itu,” tambahnya.

Insiden yang tular di media sosial selepas Zairul Annuar Mohd Zin berkongsi perjumpaan mengharukan ketika dia dan isteri melakukan perjalanan sesak pulang ke bandar dalam satu kiriman video Facebook.

Zairul melahirkan rasa kagum dengan keprihatinan penduduk di kawasan itu ketika melalui ladang kelapa sawit itu.

 

SUMBER : TheStar, Foto TheSun

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go telah menyumbang RM30,000 dalam bentuk baucar beli-belah kepada 80 individu memerlukan…
Berita Domestik
Sembilan kesalahan trafik akan diberikan fokus khusus, termasuk memandu melebihi had laju,…
Berita Domestik
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata selain dari mereka yang berada…