Aidilfitri 2024: Lebih 200k kenderaan akan masuk Alor Setar

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih dari 200,000 kenderaan dijangka akan masuk ke Bandaraya Alor Setar semasa musim Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut laporan Berita RTM, selain dari jumlah kenderaan yang tinggi, hampir satu juta orang juga akan berada di kawasan bandaraya tersebut semasa cuti perayaan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata selain dari mereka yang berada diperantauan balik untuk berhari raya, Alor Setar juga menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah kelengkapan Hari Raya.

"Kesesakan dijangja akan berlaku di lampu isyarat Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Datuk Kumbar, persimpangan Aman Central, Jalan Gangsa, Pekan Simpang Kuala dan Tandop serta persimpangan Jalan Langgar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Tun Razak, persimpangan selepas Plaza Tol Alor Setar Utara, Kota Sarang Semut dan Jalan Kuala Sungai," ujar beliau.

Selain dari polis trafik, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) juga akan mengaktifkan warden trafik mereka untuk memberi bantuan menyuraikan kesesakan yang dijangka berlaku.

* Berita penuh di Berita RTM

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua pusat 3S ini dikendalikan oleh JM Auto Gallery dan membawakan identiti jenama global…
Berita Domestik
    Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasukan…
Berita Domestik
  Seorang penduduk, Zana Abdullah, 45, yang selalu menggunakan perkhidmatan itu untuk ke ibu kota…