Pencuri kebas rim kereta pameran kafe Initial D!

oleh Mohamad Hanif|
Ya, dunia ini kian menjadi tempat yang tidak selamat, termasuklah Jepun yang selama ini terkenal dengan sikap sopan santun dan menepati masanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, sebuah kafe yang terkenal kerana membawakan tema anime Initial D, RacingCafe D'z Garage telah dipecah masuk oleh sekumpulan mereka yang tidak bertamadun. 

 


Apa yang dikesali adalah tindakan penyamun yang berjaya membawa lari tempat duduk serta set rim yang dilengkapkan pada kereta-kereta pameran Nissan Fairlady Z32, Mazda RX-7 Veilside Fortune serta Mazda RX-7 RE Amemiya. 

Jumlah kerugian sebenar masih disiasat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, lokasi tersebut sangat popular di kalangan pelancong disebabkan kedudukan landasan…