Vietnam batal semua lesen kafe di Train Street

oleh Mohamad Hanif|
Stesen penyiaran CNN melaporkan pihak berkuasa Vietnam kini membatalkan semua lesen kafe dan perniagaan lain di lokasi pelancongan Train Street.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, lokasi tersebut sangat popular di kalangan pelancong disebabkan kedudukan landasan kereta api yang sangat dekat dengan premis perniagaan serta rumah penduduk di sana.

Sikap pelancong yang gemar duduk berhampiran dengan landasan menjadikan lokasi tersebut sangat bahaya kepada operasi kereta api.

Kesemua peniaga diberikan masa sehingga 17 September untuk menutup operasi perniagaan di kawasan tersebut, malah beberapa penghadang telah dipasang bagi menghalang pelancong daripada memasuki kawasan tersebut.

Langkah tersebut pernah dibantah pada tahun 2019, namun pihak berkuasa Hanoi kini mula mengambil tindakan tegas dengan membatalkan semua lesen perniagan di sepanjang laluan tersebut.

Sumber: Kosmo